‘Sweet’ & Simple’, Gaya BETO KUSYAIRY & DATO’ ADI PUTRA Bersama Isteri Pada Malam ABP Raih Pujian!

Baru-baru ini berlangsungnya malam anugerah Bintang Popular ABPBH, malam gemilang industri seni dan hiburan Malaysia meraikan populariti dan mengiktiraf karyawan yang telah berusaha memberikan pencapaian terbaik mereka.

Turut menjadi perhatian sudah semestinya persalinan yang disarung para seleriti ketika berjalan di karpet merah. Jika dilihat ramai selebriti masing-masing berlumba dengan gaya tersendiri, bagi menonjol sisi fesyen masing-masing.

Namun lain pula buat dua pasangan aktor dengan isteri masing-masing yang tampil bersederhana asal selesa. Pasangan yang dinyatakan sudah semestinya Beto Kusyairy dan isteri, Tisha Shahar; serta Dato’ Adi Putra bersama orang rumahnya, Aida Yusof.

Kedua-dua pasangan ini dilihat cukup simple, malah tampil sopan walaupun kedua-dua aktor memilih tema pakaian yang sedikit berbeza.

Beto dan isteri hadir sedondon mengenakan pakaian rasmi negara iaitu baju melayu jenis teluk belanga berona putih siap bersampin dan bersongkok, manakala Tisha pula anggun mengenakan sepasang baju kurung moden.

Dato’ Adi Putra pula memilih 3-piece sut berona hitam untuk digayakan pada malam tersebut, manakala isterinya pula kelihatan sungguh ayu menyarung persalinan berona hijau dan bertudung labuh.

Di ruangan komen Instagram kedua-dua aktor ini, rata-rata ramai peminat dan warga maya teruja dan memuji penampilan kedua-dua pasangan ini yang tampil tidak berlebihan walaupun menghadiri sebuah acara besar.

Malah ramai yang terharu melihat kemanisan berumahtangga yang ditonjolkan Beto dan Dato Adi malah teruja melihat bagaimana isteri masing-masing kekal berada di sisi memberikan sokongan kepada suami tersayang.

Turut mencuri perhatian di mana kedua-dua isteri mereka tampil polos dan natural tanpa mengenakan sebarang solekan yang tebal.

Untuk rekod, pada malam tersebut Beto berjaya mengondol anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular, manakala Dato’ Adi Putra turut tercalon dalam kategori sama. NONA mendoakan semoga kedua-dua pasangan sama cantik sama padan ini sentiasa diberkati dan didalam lindunganNya.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus