“Dinda Cinta Mati Saya, Terima Kasih Allah” Ucapan Sweet USTAZ DON Sempena Birthday Isteri Raih Pujian

Masya-Allah, so sweet! Suka sangat tengok kebahagiaan yang dikecapi Ustaz Don Daniyal dan suri hatinya ini.

Walau dah masuk 11 tahun usia perkahwinan serta dikurniakan empat anak, mereka tetap bahagia, makin romantik pula tu. Sentiasa berpimpin tangan dengan isteri.

NONA tertarik dengan hantaran yang dimuat naik Ustaz Don di Instagram peribadi sempena ulang tahun kelahiran isteri tercintanya, Dr Husna Zahry yang ke-35 tahun pada 20 Januari 2023.

Demi menjadi yang pertama, Ustaz Don telah memuat naik satu hantaran berserta kapsyen ‘sweet’ di Instagram sehari sebelum tarikh birthday isterinya. Terbukti, Ustaz Don Daniyal memang seorang suami yang sangat romantik, penyayang dan setia.

Tulis Ustaz Don: –
“Hi Dinda. Selamat Hari Lahir untuk esok. Saya nak make sure saya yang wish dulu. Hehehe.. Dinda Cinta Mati saya. Terima kasih Allah!”

Kapsyen tersebut dibalas dengan komen-komen gurauan dari para pengikutnya termasuklah Ustaz Elyas Ismail dan Imam Muda Megat.

Menjengah ke akaun Instagram isterinya pula, Dr Husna turut memuat naik hantaran dengan kapsyen ringkas tanda syukur masih diizinkanNya untuk terus bernafas hingga ke saat ini.

“Another year lived, alhamdulillah.. Selamat Hari HusnaZahry semuaaa!”

Tidak ketinggalan, Dr Husna turut berkongsi hantaran di Instastory.

 

Untuk info, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang kini berusia 39 tahun merupakan pendakwah serta pengacara terkenal bagi program-program berbentuk keagamaan.

Ustaz Don Daniyal berkahwin dengan Dr Husna Zahry pada 23 Ogos 2012. Pasangan ini dikurniakan empat ‘hero’ comel iaitu Don Mustofa, Don Ibrohim, Don Sulaiman dan Don Yunus.

Semoga Ustaz Don Daniyal dan Dr Husna sekeluarga kekal bahagia sampai syurga. NONA ‘belanja’ beberapa lagi gambar sweet

Ustaz Don Daniyal dan Dr Husna. Relationship goals!

Kredit Foto: Instagram Ustaz Don Daniyal, Dr Husna Zahry

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad