Sweetnya!! Buat Gimik Promosi Produk Pada Suami, Rupanya EMMA MAEMBONG Kongsi Kejutan Hamil Anak Kedua

Baru saja pulang dari menunaikan ibadah umrah, Emma Maembong dikhabarkan hamil lagi! selepas agak lama berteka teki dan menyimpan rahsia, pelakon Emma Maembong akhirnya berkongsi berita gembira dengan mendedahkan dirinya kini hamil anak kedua menerusi hantaran di media sosialnya sebentar tadi. Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, Emma berkongsi momen ketika memaklumkan berita itu bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar sewaktu kandungannya baru mencecah usia dua minggu.

Dalam video tersebut, Emma melakukan ‘gimik’ dengan meminta suaminya membuat ulasan sebuah produk sebelum Shazli menemui alat penguji kehamilan yang disorok di dalam kotak.

“Betul ke sayang? Sumpah?” soal suaminya. Melihat keadaan suaminya yang terkejut sehingga menitiskan air mata, Emma memujuk Shazli sambil memberitahu dirinya kini hamil dua minggu.

“Dua minggu dah. I love you (saya sayang awak),” ujar Emma. Bagaimanapun usaha untuk mengetahui usia kandungan Emma tidak diketahui selepas pengurusnya tidak membalas mesej yang dikirimkan.

Dalam video yang sama, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail juga memberi kejutan kepada keluarga serta teman rapat tentang berita kehamilannya.

Emma Maembong selamat menjadi isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 19 Februari 2020 dan kini merupakan ibu kepada seorang cahaya mata, Shariq Gabriel yang selamat dilahirkan pada 8 November lalu jam 2.38 pagi. Apa-apapun NONA mendoakan yang terbaik buat keluarga Emma.

Tahniah NONA ucapkan kepada Emma dan suami, semoga kehamilan Emma dipermudahkan.

Sumber: Kosmo! 

Share
Published by
Wan Firdaus