Gaya Hidup

Sweetnya Dato’ Fizz Fairuz Layan Isteri, “10 Tahun Tak Pergi Event, Puas Pujuk Akhirnya Akur!”

Ramai yang ‘cair’ tengok layanan Dato’ Fizz Fairuz terhadap isteri tercinta, Datin Almy Nadia. Dikenali ramai sebagai pasangan selebriti yang sempoi dan bahagia dengan cara sendiri, suami isteri romantis berkenaan meraih tumpuan peminat baru-baru ini apabila Dato’ Fizz berkongsi foto dirinya dan isteri menghadiri satu majlis anugerah.

Meskipun Datin Almy sudah menjadi ibu empat anak dan mereka sudah sembilan tahun hidup berumah tangga namun pelakon lelaki handalan tersebut melayan mesra si ratu hati.

Mengulas kehadiran dia dan isteri ke majlis anugerah itu, dedah Dato’ Fizz Fairuz, “Selama 10 tahun tak pergi event, kali ini dia ikut juga. Puas pujuk, akhirnya akur. Kalau tak, tak nak beli emas lagi. Thank you love teman pergi event.

Kredit Instagram @fizzfairuzofficial
Kredit Instagram @fizzfairuzofficial
Kredit Instagram @fizzfairuzofficial
Kredit Instagram @fizzfairuzofficial
Kredit Instagram @fizzfairuzofficial

Walau sekadar ucap terima kasih, tapi kata-kata penghargaan seumpama itu besar maknanya bagi seorang isteri.

Datin Almy Nadia yang mengenakan persalinan hitam dan bertudung litup kelihatan anggun serta ceria di samping Dato’ Fizz. Jelas terserlah wajah bahagia kedua-duanya.

Sejak mendirikan rumah tangga dan mempunyai empat anak, wanita berusia 37 tahun ini tidak lagi aktif dalam bidang seni kerana memberi sepenuh tumpuan kepada anak-anak dan keluarga.

Pun begitu, lakonannya menerusi filem Dunia Baru The Movie pada tahun 2008 masih diingati sampai sekarang.

Kredit Instagram @almynadiaofficial
Kredit Instagram @almynadiaofficial
Kredit Instagram @almynadiaofficial
Kredit Instagram @almynadiaofficial

26 April lalu genap sembilan tahun usia perkahwinan Datin Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah dan suami tercinta.

Rumah tangga mereka lebih bahagia dengan kehadiran anak iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora, Afrina Ayra dan Afrina Darwisyah.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/terima-kasih-terima-mama-seadanya-rai-anniversary-ke-9-datin-almy-nadia-syukur-ada-suami-mithali/

Share
Published by
Suzi