Baru-baru ini, tular di media sosial gambar-gambar perkahwinan mega DDNK atau Datuk Dr Mohd Nazri Khan bersama isteri, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari yang nyata mengejutkan ramai pihak. Tak ada angin, tak ada ribut, DDNK dah pun menamatkan zaman dudanya bersama pilihan hati, yang dipercayai pelajarnya sendiri.
Ads
Selepas hampir dua minggu pakar saham tersebut mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai, nampaknya pasangan merpati dua sejoli ini tidak menunggu lama menghabiskan masa untuk berbulan madu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Nazri di laman TikToknya, kelihatan beliau bersama isteri kelihatan bahagia berbulan madu di atas sebuah kapal layar mewah yang bernama Serena, walaupun tidak dapat dipastikan lokasi bulan madu mereka.
@datodrnazrikhan Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk♬ Penghujung Cinta – Pasha
Ads
Seperti apa yang dilihat di dalam video tersebut, DDNK turut memberikan sebuah kek dengan perkataan ‘Happy Honeymoon’ serta sejambak bunga ros merah diberikan oleh pakar saham yang berusia 47 tahun itu kepada isteri tercinta.
“Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya, mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan mahligai dibina DDNK dan isteri kekal bahagia hingga ke Jannah. Meskipun jarak usia mereka berdua agak jauh, namun jelas keserasian mereka berdua, malah isterinya juga amat manja dan mesra sekali di samping DDNK.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Romantisnya tengok foto-foto Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor yang dikongsikan di laman rasmi Selangor Royal Office. Tampil berbusana masyarakat India sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba, kemesraan baginda berdua nyata menarik perhatian ramai.
Menerusi posting terbaharu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang meraikannya.
Baginda berdua berharap agar pesta cahaya kali ini terus disambut dalam suasana yang harmoni, hormat-menghormati, penuh toleransi dengan semangat perpaduan yang utuh.
Baginda juga mahu supaya sambutan perayaan sebegini diraikan dengan dengan meriah, sambil tetap berwaspada serta mematuhi SOP yang ditetapkan memandangkan wabak Covid-19 masih menular di dalam komuniti.
Semoga limpahan cahaya yang menjadi simbol perayaan Deepavali mampu terus menyinari semangat perpaduan antara kaum di Malaysia dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.
Dalam pada itu, foto-foto eksklusif yang dikongsikan ini juga dirakam di kediaman peribadi Baginda di Shah Alam. Baginda turut berkenan mengabadikan gambar bersama koleksi lukisan Baginda yang dilukis oleh Allahyarham Dato’ Ibrahim Hussien.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 27 ibu tunggal dan beliawanis di Terengganu berjaya menamatkan kursus perusahaan madu kelulut anjuran ExxonMobil dengan kerjasama Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu pada 20 September 2017 lalu.
Program selama tiga hari yang julung kali diadakan itu merupakan inisiatif ExxonMobil dalam usaha meningkatkan peluang dan penglibatan golongan wanita di bidang ekonomi melalui usaha pembangunan kemahiran di samping penyediaan program sokongan.
Penyampaian sijil kepada para peserta disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Haji Mohd Fadzli Yusof,
Program terbaharu itu dilaksanakan susulan kejayaan program sama membabitkan projek perusahaan cendawan dalam kalangan ibu tunggal dan beliawanis yang dirintis Exxonmobil dan YDSM sejak 2008.
Menurut Dato’ Fadzli, kali ini ExxonMobil menyumbangkan kira-kira RM70,000 bagi program perusahaan madu kelulut dan pihaknya proaktif untuk memantau peserta terutama dalam tempoh tiga bulan pertama.
“Diharap latihan dan sokongan yang disediakan dapat memberi rangsangan kepada mereka terutama dalam memajukan diri sekali gus meningkatkan pendapatan masing-masing,” jelas beliau.
Program latihan keusahawanan di bawah The ExxonMobil Women Economic Opportunity Initiative (EWEOI) itu secara tidak langsung dapat membantu golongan ibu tunggal serta beliawanis menjana pendapatan sekali gus meningkatkan taraf hidup diri serta keluarga. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Allahu, dia baru berusia 23 tahun tapi dugaan yang Allah berikan kepadanya sangat besar. Mungkin empunya diri pun tak pernah terlintas akan menghidap penyakit ini. Mahu atau tidak, inilah takdir yang perlu ditempuh Nur Farlena.
Meskipun sukar menerima kenyataan pada awalnya, namun sokongan padu ibu tersayang dan keluarga membuatkan wanita ini cekal melawan sakit.
Apa yang pasti, catatan ‘perjuangan’ Farlena yang dikongsikan di Facebooknya hari ini mendapat perhatian ramai. Rata-rata mereka yang membaca coretan ringkasnya melahirkan reaksi positif.
“Aku baru kerja setahun, tak sah jawatan lagi baru nak rasa pikul tanggungjawab tu ermm dah sakit. Aku sakit sejak tahun lepas lagi. Demam berpanjangan sampai 2 bulan. Malam-malam badan panas sangat.
Hujung bulan 12 sakit belakang pulak, X-ray takda apa-apa. Refer Ortho, refer Physio. Aku pergi TCA, aku banyak MC masa kerja sebab aku tak tahan sangat. Aku sakit, aku telan ubat tahan sakit. Tak jalan. Sakit. Tapi aku masih boleh berjalan. Awal 2018, aku start demam balik, batuk dan tumbuh biji-biji kat leher. Aku jumpa doctor hospital, doctor kampung pun aku jumpa tapi still sakit. Biji tu pulak makin banyak dan aku mula semput, berpeluh waktu malam dan cepat letih.
28/4/2018 aku kerja shift pagi. Masa tu memang tengah semput tapi sr suruh pergi klinik staff sebab tengok aku tak sihat. Aku naik motor buruk aku pergi klinik staff. Dekat klinik staff, buat X-ray, ambik darah semua. Doktor kata paru-paru ada air, lungs teruk sangat… refer medical. Suspek TB pulak. Maka admit wad.
Dekat wad aku punya diagnos macam-macam. Buat sputum 3 kali, negatif. Ambil biopsy dekat leher, dekat lung (tak dapat-dapat detect juga). Aku dah on ubat Tibi dah, pahit, banyak, tak sedap pulak tu. Last-last ambil biopsy dekat celah paha aku, ambil biji tu. Seminggu lepas tu baru tahu lymphoma.
Eh, sepanjang aku kat wad aku semput, dari tak pakai oksigen, kena pakai high flow mask. Nasib tak intubate je. Aku kena cucuk sana-sini, dekat belakang, tepi, nak buang air. Bayangkan apa aku rasa? Pleural taping banyak kali. Chest tube aku 3 kali kena. Kiri kanan pulak tu. Sakit, pedih. Nak buat macam manakan, kalau tak aku semput, tak boleh nak bernafas. Seksa weh, aku rasa saat nak hilang nyawa tu macam mana, Allah bagi aku rasa.
23/5/18 diagnos cancer lymphoma, 24/5/18 transfer Hospital Ampang. Petang doctor review kata dah stage 4 . Aku hilang arah masa tu, air mata bertan-tan juga lah. Tengok mak kat sebelah, lagi aku sedih. Lama-lama aku reda, aku cuba lawan.
Sekarang aku dah kemo kali ketiga, inshaAllah nanti proceed untuk yang seterusnya. Aku takut, cuma aku yakin ada Allah, sakit penghapus dosa, terima sakit dengan reda. Jangan stress, stress punca kanser merebak. Tenang-tenang je. Aku kuat kerana Allah S.W.T, mak, keluarga aku, sahabat-sahabat dan ada seseorang yang masih setia bersama aku walaupun aku macam ni. Doakan aku tau. Panjang lagi perjuangan aku ni. Kemo tak habis lagi. Terima kasih semua sebab banyak bantu aku. Much of love.”
Benar, sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Mungkin ini juga salah satu ‘cara’ Yang Maha Esa menguji hambaNya agar sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepadaNya. Berdoa dan tawakal dengan ketentuan ini. Moga ada sinar hidayah di penghujungnya kelak.
Sumber: Facebook Nur Farlena
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...