Baru-baru ini, tular di media sosial gambar-gambar perkahwinan mega DDNK atau Datuk Dr Mohd Nazri Khan bersama isteri, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari yang nyata mengejutkan ramai pihak. Tak ada angin, tak ada ribut, DDNK dah pun menamatkan zaman dudanya bersama pilihan hati, yang dipercayai pelajarnya sendiri.

IKLAN

“Sweetnya!!” DATUK NAZRI KHAN Dan Isteri Berkongsi Foto Ketika Honeymoon, Ramai Titip Doa Agar Kekal Bahagia

Selepas hampir dua minggu pakar saham tersebut mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai, nampaknya pasangan merpati dua sejoli ini tidak menunggu lama menghabiskan masa untuk berbulan madu.

“Sweetnya!!” DATUK NAZRI KHAN Dan Isteri Berkongsi Foto Ketika Honeymoon, Ramai Titip Doa Agar Kekal Bahagia

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Nazri di laman TikToknya, kelihatan beliau bersama isteri kelihatan bahagia berbulan madu di atas sebuah kapal layar mewah yang bernama Serena, walaupun tidak dapat dipastikan lokasi bulan madu mereka.

@datodrnazrikhan Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk ♬ Penghujung Cinta – Pasha

IKLAN

Seperti apa yang dilihat di dalam video tersebut, DDNK turut memberikan sebuah kek dengan perkataan ‘Happy Honeymoon’ serta sejambak bunga ros merah diberikan oleh pakar saham yang berusia 47 tahun itu kepada isteri tercinta.

“Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya, mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

“Sweetnya!!” DATUK NAZRI KHAN Dan Isteri Berkongsi Foto Ketika Honeymoon, Ramai Titip Doa Agar Kekal Bahagia “Sweetnya!!” DATUK NAZRI KHAN Dan Isteri Berkongsi Foto Ketika Honeymoon, Ramai Titip Doa Agar Kekal Bahagia “Sweetnya!!” DATUK NAZRI KHAN Dan Isteri Berkongsi Foto Ketika Honeymoon, Ramai Titip Doa Agar Kekal Bahagia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan mahligai dibina DDNK dan isteri kekal bahagia hingga ke Jannah. Meskipun jarak usia mereka berdua agak jauh, namun jelas keserasian mereka berdua, malah isterinya juga amat manja dan mesra sekali di samping DDNK.

“Sweetnya!!” DATUK NAZRI KHAN Dan Isteri Berkongsi Foto Ketika Honeymoon, Ramai Titip Doa Agar Kekal Bahagia

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI