Jika kita melihat China berjaya membina hospital dalam masa 10 hari saja, namun negara kita Malaysia tidak kurang hebatnya kerana telah berjaya menukar pusat pameran terbesar MAEPS menjadi pusat untuk menempatkan pesakit yang terkena jangkita virus Covid-19 dalam masa 4 hari saja.
Ads
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) telah diubah suai untuk dijadikan sebagai pusat rawatan dan kuarantin pesakit wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu diambil sebagai persediaan bagi menampung pesakit itu nanti.
Menurutnya, secara asasnya, kapasiti di hospital sedia ada mencukupi bagi menampung pesakit yang dijangkiti wabak itu.
Pada masa ini, bilangan katil bagi memenuhi keperluan pesakit Covid-19 sedia ada adalah sebanyak 5,292 iaitu 3,400 buah katil di hospital-hospital Covid-19 dan 1,892 buah katil di Institut Latihan KKM di seluruh negara.
Ads
Ads
Syabas diucapkan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam memastikan misi ini berjaya. Dengar kata, ia bukan perkara yang mudah dah terdapat banyak dugaan untuk memastikan pusat rawatan dan kuarantin ini dapat disiapkan sepenuhnya. Apapun, kita doakan agar semua perancangan yang ingin dilaksanakan berjalan dengan lancar.
Untuk anda rakyat Malaysia, marilah kita sama,sama sahut seruan kerajaan untuk kekal berada di rumah angar dapat menghapuskan rantaian wabak merbahaya yang boleh meragut nyawa ini. Stay safe! Stay at home! Kita jaga kita!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya, tak dapatlah tengok majlis perkahwinan Mira Filzah dalam masa terdekat. Dan jejaka-jejaka yang tengah simpan hasrat hendak memperisterikan selebriti popular ini… disaran menangguhkan dulu impian tersebut sebab ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan belum sedia beri green light dekat anak keduanya ini. Minta bersabar ya, bak kata orang lama ‘kalau dah jodoh tak ke mana’!
Dalam tiga orang adik-beradik, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badieozaman ialah anak yang paling rapat dengan ibu dan ayah tersayang. Membahasakan ibunya dengan panggilan ‘Mak’, Mira satu-satunya anak yang enggan memasuki sekolah asrama seperti kakak dan adiknya.
“Boleh kata Mira paling rapat berbanding tiga adik-beradik lain. Macam kakak dan adik Mira, selepas darjah 6 mereka dah masuk boarding school. Mira ni jenis tak nak masuk boarding school… nak duduk dekat rumah je. So Mira the only one yang paling lama dan bersama dengan mak dan abah di rumah.
Hampir setiap masa ada dekat rumah dan hampir setiap masa jugalah muka ni yang mereka hadap. Kalau mereka nak bebel ke marah ke, muka inilah juga sebab adik-beradik lain tak ada dan jauh.”
Ditanya sejauh mana hubungan Mira bersama ibu tersayang, aktres yang makin dikenali ramai ini mengakui dia cukup akrab dengan keluarga. Terutamanya mak! “Mira dan mak very direct. Kalau rasa nak tanya apa pun Mira akan tanya sebab Mak very open… very transparent. Tak ada benda yang Mira tak tahu dan tak ada benda yang mak tak tahu pasal Mira. Even mak pun ada bercerita tentang dirinya waktu muda-muda.”
Tambahnya lagi, meskipun pada awal pembabitan Mira dalam industri seni kurang disenangi keluarga namun melihat minat dan kesungguhan duta Ariani ini untuk melakar kejayaan membanggakan, mereka akhirnya merestui perjalanan Mira Filzah. “Pada awalnya memang agak ini tak boleh… itu tak boleh.
Tapi as time goes by, dia mula memahami. Iyalah, benda-benda biasa yang kita tak boleh nak elak bila dah bergelar anak seni. Tapi satu je dia pesan dan ingat sampai sekarang iaitu jangan sampai lalai ataupun lupa diri.”
Tatkala menyentuh soal kahwin, jelitawan berusia 26 tahun ini tersenyum dan membuka bicara. “Ada satu cerita. Adik Mira, mak bagi lepas kahwin dulu (sebelum Mira). Dia cakap, ‘Angah last lah… bagi Aina (adik) lepas dulu. Angah last ok, angah kerja dulu.’ Itu pesanan dia. Kadang-kadang Mira rasa macam, “Hmmm… tak nak lepas lagi lah tu.”
Mana tidaknya, Mira kan anak paling rapat. Mungkin ibunya masih rasa ‘berat’ hendak melepaskan anak untuk berkahwin. InshaAllah, bila sudah tiba masa nanti pasti ibu Mira sendiri yang mahu urusan perkahwinan Mira disegerakan. Bila ditanya sanggupkah dia menjaga ibu selepas mendirikan rumah tangga kelak, Mira lantas mengangguk kepala tanda dia sanggup buat apa saja demi insan yang melahirkan.
“Walaupun syurga di bawah tapak kaki suami lepas kahwin, tapi ibu tetap kita kena jaga… kena sayang. Ibu kita sendiri, itu masih tanggungjawab kita. Kita sebagai anak perempuan lagilah kita patut rasa lebih dekat dengan ibu.”
Kagum dengan kasih sayang Mira terhadap keluarga lebih-lebih lagi ibu tersayang. Walau kerjaya seni kini berada di puncak dan berjaya, dia tetap berpegang teguh dengan nasihat kedua orang tuanya dan kekal merendah diri. Semoga kejayaan Mira menjadi penyuntik semangat kepada wanita di luar sana dan terus mempamer imej yang baik kepada masyarakat.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa melalui jenama tudung terkemukanya, Naelofar Hijab (NH), telah melangkah satu langkah ke depan dengan membuka sebuah butik yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Butik yang berlokasi di Royal Plaza Putatan memberi peluang kepada peminat jenama tudung ini khususnya dan peminatnya untuk berpeluang melihat sendiri tudung koleksi NH.
Pembukaan butik ini juga bagi memenuhi permintaan wanita di Sabah untuk memilih dan membeli koleksi-koleksi terbaru dan menarik keluaran Naelofar Hijab. Pembukaan itu juga akan memperkenalkan laman web rasmi mereka, www.naelofarsabah.com untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam talian yang semakin meningkat di negeri ini.
Majlis pembukaan dirasmikan oleh Neelofa Mohd. Noor, selaku pengasas Naelofar. Butik ini akan dikendalikan oleh adik Neelofa sendiri, Nellisa.
Naelofar Hijab juga berkembang di peringkat antarabangsa. Pada masa ini, mereka telah mengeksport produk mereka ke lebih daripada 30 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, Jerman, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Korea dan Jepun.
Butik NH juga melakukan Jualan Akhir Tahun, Naelofar YES 2017 di seluruh negara yang dijalankan dari 11 November hingga 31 Disember yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus untuk pembelian yang dibuat di semua butik NH, dalam talian dan daripada stokis sah NH. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Genggam emas, anak saudara Siti Nurhaliza rangkul pingat di pentas akhir kejohanan World Championship of Performing Arts (WCOPA) ke-27, USA!
Mesra dipanggil Umai, bakat dan kemerduan suara gadis remaja ini mula menjadi perhatian. Dilahirkan dalam keluarga seni, Umai merupakan anak kepada Siti Sairah Tarudin dan telah mula menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak kanak-kanak lagi.
Berusia 13 tahun, Umai menjadi antara peserta terpilih yang menyertai kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, USA bermula dari 28 Jun hingga 6 Julai.
Berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir yang berlangsung pada Jumaat, Umai dinobatkan pingat emas 2024 Junior Champion Vocalist dengan mempertaruhkan lagu ‘A Natural Woman’ nyanyian asal Aretha Franklin, menewaskan empat finalis lain termasuk dari UAE dan Afrika Selatan.
Selain Umai, 15 peserta Malaysia turut bertanding dalam kategori vokal, tarian, muzik dan peragaan, tahun ini. Sebanyak 70 negara menyertai kejohanan edisi ke-27 yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood.
Umai mewakili negara menerusi lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B dan Variety serta turut mempertaruhkan lagu nyanyian asal ibu saudaranya iaitu Cindai menerusi kategori World.
World Championship of Performing Arts
Genggam emas, kejayaan anak saudara Siti Nurhaliza rangkul pingat di pentas akhir kejohanan World Championship of Performing Arts (WCOPA) ke-27, USA jelas membanggakan.
Selain bertanding, pasukan Malaysia juga berpeluang menyertai bengkel dikelolakan oleh penggiat seni terkemuka dari Hollywood, Nashville dan New York.
Peserta juga berpeluang untuk mendapat biasiswa dari pusat pengajian tinggi seni persembahan di Hollywood dan New York bernilai lebih RM2 juta.
Selain itu, berpeluang meneruskan kerjaya di Hollywood bersama penerbit, syarikat atau agensi seni persembahan terkemuka di Hollywood.
Justeru itu, penyertaan pasukan Malaysia dalam kejohanan berkenaan bukan sahaja menonjolkan bakat dan menyerlah di persada dunia seni persembahan, malah mempertingkatkan dan memperkembangkan kerjaya dalam industri seni.
Meremang bulu roma bila tengok Umai perform, bagus betul suaranya macam dalam video di bawah ni…
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...