Usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Aina baru sahaja selamat melahirkan anak kedua, semalam. Pasangan ini dikurniakan bayi lelaki yang diberi nama Rayqal Arees. Berita gembira itu telah dikongsi oleh Aina dan suaminya, Hafiz Mahamad menerusi satu posting di akaun Instagram masing-masing.
@raisyaarisa nak tengok adik?
“Ya Allah, ramai sangat yang mendoakan Rayqal pun anak awak juga, Terima kasih Awak sahabat sahabat saya.
Dengan perkongsian tersebut, rata-rata para pengikutnya meluahkan rasa gembira dan syukur sambil menitipkan ucapan tahniah buat Aina dan Hafiz. Tak kurang juga ada yang memuji kecomelan bayi kedua mereka walaupun wajahnya masih dirahsiakan.
“Anak ku, ini hadiah untuk awak.”
“Ketika aku menulis ini, awak masih lagi berusia baru 18 jam. Rayqal Arees, Daddy syukur awak datang dalam kehidupan kami dalam keadaan sihat, semangat & Daddy tahu awak adalah “lelaki hebat”
“Wahai anak lelaki ku, Seperti mana pun keadaan mu, “Jangan pernah lupa tentang ibu mu”. Besar jasa ibu mu, jagalah hati Mummy hingga nafas yang terakhir.
“Mummy awak seorang yang cantik, lembut. Puji & jagalah dia seperti mana “atuk” kamu menjaga Mummy. Jangan pernah biarkan dia menangis kerana kecewa ataupun dihina manusia. Ibu mu kuat menjaga kamu & kamu “anak lelaki” Daddy pun harus kuat untuk menjaga keluarga.
“Jika menitis kerana dia bangga dengan perjuangan kamu, kamu harus teruskan. Jika menitis kerana manusia lain, kamu harus kuat, bijak & tahu “bagaimana untuk menguruskan”
“Membesar & belajaralah anak ku Rayqal, jangan merendahkan orang yang kamu rasa dia lemah. Angkat darjat & pimpin mereka yang dalam keadaan lemah. Wujudkan jiwa “pemimpin” dalam diri kamu.
“Jangan pernah sombong, kerana asal usul orang tuamu juga seperti mereka. Orang-orang ini adalah sahabat-sahabat ku & mereka yang menghulur doa untuk keluarga, perniagaan kita & “KAMU”. Kamu terhutang budi dengan mereka, membesarlah kamu untuk membantu Ummah
“@ainaabeautyofficial, ini punca rezeki Daddy & Mummy. Di dalam ni ada pasukan & hamba Allah yang perlu kamu hormati. 1 hari nanti, jika mereka memanjakanmu & memanggilmu “anak boss”. “Tundukkan muka mu” & berlatih untuk “merendah diri”.
“Carilah kejayaan yang sebenar dalam hidupmu. Membesar, cari & kenal lah ayat yang terakhir ini. Apa dia? Ini yang selalu Daddy pegang & jadikan prinsip hidup.
“Kejayaan Demi Kebahagiaan” Kamu akan faham nanti.
Hafiz Mahamad
Insan yang hanya menumpang rezeki isteri AINAA & anak anak Raisya & Rayqal
Semoga Aina dan Hafiz makin bahagia bersama keluarga tersayang. Semoga Rayqal dan Raisya Narisa menjadi anak yang soleh dan solehah serta berbakti kepada ibu bapa dan ummah.
Pernah digelar sebagai pasangan kekasih viral, mereka seringkali tular dengan isu yang mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya di media sosial.
Kredit Foto: Instagram Syafiqah Aina & Hafiz Mahamad
This website uses cookies.