Kasih ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa. Itu lah yang dapat kita lihat dalam diri selebriti popular, Dato’ Adi Putra.
Ads
Pada awal tahun lalu sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 Dato’ Adi Putra telah berkongsi momen terindah dalam hidupnya melihat perkembangan anak tersayang.
Tiada apa yang diharapkan oleh kedua ibu bapa daripada anak-anaknya melainkan doa anak soleh dan solehah. Dato’ Adi Putra telah menzahirkan rasa sebak saat mendengar anak istimewanya memanjatkan doa sempena hari jadi.
“Saya sangat sebak bila puteri saya, Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya,” coret Dato’ Adi Putra di laman media sosialnya.
Tambah Dato’ Adi Putra, “Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli di mana-mana,” kongsi pelakon drama Tentang Dhia ini.
Sebagaimana yang diketahui umum, perkahwinan di antara Dato’ Adi Putra dan Datin Aida Yusof belum ada rezeki lagi dikurniakan cahaya mata.
Namun, pasangan ini begitu terbuka bila bercakap soal anak. Datin Aida juga pernah berkongsi telah melakukan prosedur IVF 4 kali untuk mendapatkan zuriat namun rezeki belum berpihak kepadanya.
Ads
Pasangan sama cantik sama padan ini juga reda dan telah mengambil dua orang anak angkat sebagai penyeri hidup mereka.
Imbas kembali temu bual bersama Datin Aida ketika sesi fotografi edisi Nona Mei 2018. “Saya dah pun ada dua orang anak angkat iaitu Az Zahra dan Zara Adelia.
Ads
Waktu mereka kecil lagi saya dah susukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 7 tahun cuma beza sebulan je.
Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak kurang upaya. Dia anak istimewa, tak boleh bercakap dan dengar.
Kami dapat tahu keistimewaan Adelia ni masa masih bayi lagi bila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” jelas Datin Aida yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang banyak menghabiskan masa bergelar usahawan dalam bidang jahitan sejak tahun 2008 ini sememangnya tidak pernah bermimpi untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan secara serius terutamanya dalam mengusahakan jahitan namun kisahnya bermula sebaik sahaja memperkenalkan sehelai telekung ibadah yang selesa untuk dipakai.
Empunya syarikat Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (SKA) Padzilah Enda Sulaiman kini boleh tersenyum melihat usahanya menjadikan pakaian solat ini lebih praktikal dan patuh syariat kini terlaksana. “Masalah sukar mendapatkan telekung yang benar-benar sesuai dengan bentuk wajah bukanlah sesuatu yang baharu untuk diri saya. Bayangkan, setiap kali mahu menunaikan umrah dan haji serta solat sunat terawih, saya terpaksa mengubah telekung yang dibeli. Ia tidak selesa, talinya mudah tertarik, ketat dan bertanda di dahi menimbulkan masalah kepada saya.”
Walaupun Padzilah merasakan tindakannya memberi nafas baharu terhadap telekung memberi manfaat untuk muslimah untuk tampil selesa ketika bersolat, namun sangkaannya meleset apabila telekungnya itu tidak mendapat sambutan yang baik dari kaum wanita.
“Ketika itu saya belajar betapa sukarnya untuk memasarkan telekung dan saya akui tidak mempunyai ilmu dalam selok-belok perniagaan. Semasa saya mengambil keputusan menjahit 200 helai telekung, saya tidak merancang siapakah sasaran pembeli tetapi terdetik telekung ini amat sesuai untuk jemaah haji dan umrah.
Tanpa rasa segan, saya berkunjung ke beberapa agensi pelancongan di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu yang menyediakan pakej umrah dan haji. Malangnya, mereka tidak menerima telekung saya,” katanya yang terpaksa membawa pulang kesemua 200 helai telekung tersebut.
“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi kesemua telekung yang dihasilkan mampu dijual dan menepati keperluan wanita untuk bersolat. Tetapi nampaknya inovasi tersebut belum dapat diterima baik di pasaran. Bayangkan, hanya beberapa helai sahaja berjaya dijual kepada saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Sudah tentu terbit rasa kecewa dan hampir berputus asa dengan apa yang berlaku,” katanya menyingkap bagaimana situasi ketika itu hampir merobohkan semangatnya untuk melangkah dalam dunia perniagaan.
“Pada pandangan saya, jika seseorang wanita sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk sepasang baju, mengapa tidak boleh melakukan perkara sama untuk sepasang telekung yang bukan sahaja nampak cantik buatannya tetapi lebih penting selesa dan terpelihara aurat mengikut syariat ketika bersolat. Kemas dan selesa ketika menghadap Yang Maha Pencipta juga perlu diberi perhatian khusus kerana Islam amat menggalakkan muslimah tampil cantik, kemas dan selesa ketika beribadat,”
Kejayaan hari ini menjadikan Padzilah semakin matang dalam mengharungi dunia perniagaan yang diceburi sejak 8 tahun yang lalu. Walapun kini dia telah memiliki seramai 50 kakitangan termasuk tukang jahit dan bahagian eksekutif, Padzilah tetap memantau setiap operasi termasuklah dari segi jahitan bagi memastikan kualiti telekung dan menitikberatkan rekaan.
“Saya bersyukur keluarga dan rakan-rakan banyak memberi dorongan untuk saya meneruskan usaha murni mengembangkan syarikat sehingga ke Brunei dan Indonesia. Semoga usaha murni untuk melahirkan lebih banyak produk patuh syariat diterima baik oleh umat Islam di seluruh dunia, Insyaallah,” ujar Padzilah seraya mengakhiri perbualan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbeza daripada personaliti ibu, Dato’ Seri Vida yang ‘gila-gila’ dan gemarkan perhatian, Nona tertarik mendekati anak bongsunya, Kacak yang hadir menemani ke acara The Enchanted Night baru-baru ini.
Rupanya di sebalik watak ceria Dato Seri Vida, banyak air mata yang tumpah untuk berjaya. Bercerita sendiri secara hati ke hati, Muhammad Eric Zecquan atau Kacak yang kini mencecah 16 tahun berkongsi perasaannya tentang Mama tersayang.
Tonton video temu bual eksklusif di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru berusia 23 tahun namun anak kelahiran Kedah ini sudah pun mencipta sejarah tersendiri yang boleh dibanggakan sebagai seorang generasi muda. Apa yang penting semangat serta keyakinan dirinya wajar dijadikan inspirasi oleh semua golongan belia.
Nurkamil Sophia Ali atau lebih mesra disapa sebagai Sophia bukan calang-calang gadis. Biarpun masih muda namun Sophia memiliki sifat keprihatinan yang tinggi sebagai seorang sukarelawan. Sophia merupakan duta belia Malaysia bagi Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) yang berkolaborasi dengan Kementerian Belia dan Sukan.
PERKENALKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI DIRI ANDA ..
Saya anak bongsu dalam keluarga dan pelajar Universiti Malaysia Sabah peringkat Ijazah tahun kedua dalam jurusan sains makanan dan nutrisi. Saya seorang yang sangat aktif di universiti khususnya dalam aktiviti seni seperti kebudayaan dan pementasan teater yang merupakan hobi serta minat sejak kecil.
JELASKAN SECARA TERPERINCI TENTANG PROGRAM KAPAL BELIA ASIA TENGGARA DAN JEPUN (SSEAYP) DAN BAGAIMANA ANDA MENYERTAINYA?
Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) bermula sekitar tahun 1974 yang merupakan program tahunan dianjurkan oleh kerajaan Jepun. Ia mengumpul lebih 300 belia dari seluruh Asia Tenggara dan Jepun. Program ini menyediakan peluang buat belia untuk tinggal di atas sebuah kapal persiaran bernama Nippon Maru bagi tempoh 52 hari.
Belia yang terlibat berusia 18-35 tahun dari berbilang bangsa. Kapal mengelilingi negara ASEAN seperti Kemboja, Thailand, Laos dan Indonesia. Turut disediakan ialah homestay dan setiap negara mempunyai keluarga angkat.
Saya bermula pada Mac 2017. Sebelum menyertainya saya terlebih dahulu melalui proses penilaian termasuk interbiu. Penilaiannya dari segi public speaking, kemahiran berunding dan bakat dalam seni kebudayaan. Saya memiliki kelebihan menari tarian Melayu dan tradisional. Selain memahami budaya, kami juga berperanan untuk menyumbang kepada masyarakat.
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI SEPANJANG PELAYARAN?
Memahami proses adaptasi program ini di samping cabaran dari segi hubungan sosial, komunikasi bahasa, amal ibadat, pemakanan dan penjagaan kesihatan. Bagaimana untuk adaptasi dengan gelombang ombak. Saya pernah tidak lalu makan selama tiga hari. Makan saja muntah. Namun saya bersyukur kerana segalanya dipermudahkan.
KEPUASAN DIPEROLEH DENGAN MENYERTAI PROGRAM INI?
Selain mengenali budaya negara-negara ASEAN dan Jepun, kami dapat mengeratkan hubungan dengan menambah kenalan baru. Hubungan kami tidak terhenti di situ malah masih berhubung sehingga ke hari ini.
PRINSIP YANG SENTIASA MENJADI PEGANGAN?
Sentiasa berani mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru agar dapat memberi manfaat buat diri sendiri dan masyarakat. Di luar sana banyak peluang yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda. Sebab itulah saya gemar melakukan aktiviti sosial yang dapat mendekatkan saya dengan masyarakat.
IMPIAN MASA DEPAN?
Memandangkan minat saya cenderung kepada aktiviti sosial, saya mengimpikan untuk mencipta satu program sosial sendiri. Sasarannya khusus buat generasi muda seperti aktiviti berbasikal mengelilingi dunia. Semoga impian ini menjadi realiti.
Saya sangat kagum dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Beliau menjadi sumber inspirasi saya untuk mencapai kejayaan. Selain menjadi seorang wanita yang tabah, saya juga suka dengan kesopanan beliau menghadapi cabaran khususnya dalam karier. Beliau seorang yang tegas dalam kelembutan.
ANTARA ISU SEMASA YANG MENJADI PERHATIAN ANDA?
Gejala obesiti di Malaysia khususnya di kalangan wanita. Jika dilihat peratusannya kian meningkat saban tahun dan ini memerlukan kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat khususnya berkaitan gaya hidup. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. Aktif melakukan aktiviti kecergasan. Kesihatan itu mahal harganya.
NASIHAT BUAT GENERASI MUDA YANG INGIN SUKSES?
Selain bijak mengambil peluang, generasi muda harus ada kesedaran bagaimana menguruskan kewangan. Perlu ada simpanan sendiri terutama untuk kecemasan. Hargai masa muda dengan perkara yang boleh memberi manfaat buat masyarakat.
Kredit Foto: Instagram @sophiaaaali
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...