Gaya Hidup

“Syukur Pada Allah Beri Suami & Bapa Yang Baik,” DATIN EMYLIA Bahagia 20 Tahun Hidup Bersama DATO’ AC!

Dua dekad melayari alam perkahwinan nyata bukan satu tempoh singkat. Pastinya sepanjang tempoh itu, bermacam-macam dugaan terpaksa ditempuh Datin Emylia Rosnaida dan suami tercinta, Dato’ AC Mizal. 20 tahun ini jugalah mereka saling mengenali dan melengkapi hingga rumah tangga yang dibina mekar subur sampai sekarang. Alhamdulillah!

Pejam celik, bulan Oktober ini masuk tahun ke-20 Datin Emylia bergelar isteri kepada usahawan ternama yang juga pemilik stesen televisyen SUKE TV.

Kian rancak merencana masa depan untuk membangunkan stesen televisyen berkenaan, walau sesibuk mana pun pasangan romantis ini tetap akan meluangkan masa bersama dengan bercuti atau beriadah di samping anak-anak.

Dalam perkongsian sempena ulang tahun perkahwinan baru-baru ini, Datin Emylia menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta.

“Ya Allah syukur pada Allah dah 20 tahun kita bersama. Today 10.10 is our anniversary yang ke-20 tahun. Thank you B, menjaga I dan anak-anak dengan baik, susah senang kita bersama.

You kerja kuat tak kira masa untuk I dan anak-anak. I appreciate it so much. Syukur pada Allah kerana memberi I seorang suami dan bapa yang baik for me

dan anak-anak.”

Dalam pada itu, Dato’ AC Mizal menerusi entrinya turut meluahkan rasa bahagia memperisterikan Datin Emylia.

“Let me tell you all something about my ex girlfriend ni yang I sayang dia from 20 years ago. Very manja and very pretty for me. She ni my best friend and partner I dalam semua benda I buat.

I love her so much sampai tak sangka dah 20 tahun. Eh lupa, I kahwin dia ok! Sampai hari ni I rasa macam semalam je jumpa. Happy 20th anniversary and more to come.”

Datin Emylia mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya matai aitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Pada hujung tahun 2009, bekas anggota kumpulan 4U2C tersebut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’.

Share
Published by
Suzi