
Alhamdulillah, patutlah nampak makin berseri-seri ketika di acara berprestij Nona Superwoman Award baru-baru ini. Seri ibu mengandung rupanya.
Tahniah buat aktres jelita berwajah Pan Asia, Che Puan Juliana Evans yang baru sahaja berkongsi khabar gembira dirinya hamil anak kedua.
CP Juliana memuat naik hantaran tentang perkhabaran itu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
“We are happy to announce our second one is on the way and we are very excited for it.”
Aktres berketurunan Melayu-England ini turut meminta agar para pengikut serta peminat mendoakannya.
“Doakan yang baik-baik,” tulis penerima Nona Beauty Award ini di ruangan kapsyen dengan tanda pagar #22weekspregnant #secondtrimester
Perkongsian itu dibalas dengan iringan doa dan ucapan tahniah dari para pengikut dan peminatnya.
“May Allah ease everything, sis and husband”
“Alhamdulillah take care!”
“You can tell your physical looks pregnant even before the announcement.”
Untuk info, CP Juliana mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Johor-Selangor, Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.
Mereka dikurniakan seorang puteri, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine yang kini berusia tiga tahun.
Majalah Nona mendoakan agar dipermudahkan fasa kehamilan dan kelahiran CP Juliana kali ini.
Kredit Foto: Instagram Juliana Evans
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Mujur DOKTOR Ini Sudi Berkongsi Ilmu, Pelajari 7 Teknik Elak KOYAKAN Teruk Masa Bersalin! No. 6 Tu Paling Penting

Bersalin dengan beberapa kesan jahitan akibat koyakkan di bahagian vagina adalah perkara biasa bagi kebanyakan ibu hamil. Tapi bila ada kalangan ibu-ibu hebat ini yang selamat melahirkan tanpa sebarang koyakan, ia sememangnya luar biasa. Sama ada individu tersebut memang sudah mahir dengan proses bersalin atau sudah ditakdirkan rezeki mereka menerima kelebihan itu, kedua-duanya pun menjadi dambaan bagi setiap ibu hamil terutamanya menjelang detik kelahiran.
‘Jangan panik’, itu adalah kunci utama yang harus anda tanam dalam diri sebelum tibanya waktu bersalin. Bagi yang sedang hamil, masih sempat lagi untuk anda mempelajari teknik yang dikongsikan doktor Obstetrik dan Ginekologi, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak ini. Sekurang-kurangnya dengan pendedahan Dr Muhammad Izzat, dapatlah melegakan kebimbangan meniti kelahiran nanti.
=========================

- Jangan ler panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yang berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK
- Amalkan senaman Kegel : Kemutkan otot pelvis / vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi. Lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung
- Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk
- Meneran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran sembelit
- Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak
- Pastikan posisi yang betul ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Pegang pergelangan kaki dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung-hayang ke kanan ke kiri. Macam nak tangkap bola pula gayanya misi (jururawat) nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari
- Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor tak boleh keluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung macam tertelan microphone.
Sumber:
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
==========================
Mujur ada perkongsian Dr Muhammad Izzat. Semoga ilmu ini dapat dimanfaat dan dipraktikkan oleh semua ibu-ibu hamil di luar sana sekali gus menjauhkan mereka daripada perasaan trauma semasa bersalin.
Konten Dapat ‘Green Light’ Untuk Kahwin 2 Undang Amarah Isteri Semalaysia! Anzalna Nasir, Nabila Huda & Shila Amzah Turut Bersuara

Nama Abang Tesla hangat diperkataka sehingga kini. Pempengaruh di Tiktok dan usahawan tersebut dikecam hebat warga maya selepas tindakannya memuatnaik video mendedahkan dirinya berkahwin kali kedua selepas mendapat keizinan dari isteri pertama.
Perkongsian video menunjukkan dirinya yang solat berjemaah kononnya dia pandai menjaga hati isteri pertama meruntun hati kaum Hawa terutama sekali para isteri yang akui terkesan dengan tindakan samberono lelaki tersebut.
Bukan sekadar warga maya, para selebriti yang sudah bergelar isteri turut mengecam tindakan tidak matang lelaki tersebut yang membuat kandungan seperti itu tanpa memikirkan perasaan para isteri. Apatah lagi, kenyataan lelaki itu sendiri yang berbunyi “Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai” turut mendapat kecaman ramai!
Penyanyi Shila Amzah yang baru-baru ini melangsungkan perkahwinan turut meluahkan isi hatinya menerusi akaun Instagramnya. Shila berpendapat, seorang suami yang benar-benar menyayangi isteri sepenuh hati tidak akan tergamak memadukan insan dicintai.
“Kalau awak betul sayang isteri pertama, tak adanya nak kahwin isteri kedua walaupun dapat izin dari yang pertama itu. Eh, baran tengok TikTok hari ini,” tulisnya.
Selain Shila, pelakon dan penerbit Nabila Huda juga turut meluahkan rasa kesalnya dengan menulis di Twitter.
“FYI, kami (wanita) we don’t do sharing. Tak ada dalam kamus hidup kami nak kena berkongsi orang yang kami bersumpah untuk cinta sampai mati dengan wanita lain ya. If you’re mine, you’re only mine. We only need one man and we want to be his only woman.
“Kalau masih lagi ada rasa bernafsu tengok perempuan lain dari pasangan sendiri, better jangan kahwin dulu la… Kalau rasa dah betul-betul bersedia nak jadi seorang suami setia pada your one and only isteri, baru kahwin. As simple as that,” ciapnya di Twitter.
Sementara itu, pelakon Anzalna Nasir turut memberi amaran ‘manja’ buat suami di laman Instagramnya, menyatakan bahawa hati dan perasaan para isteri seharusnya dijaga, bukannya dengan mengahwini perempuan lain sambil berkongsikan video dirinya membelek album kahwin.
“Hidup ini tak perlu mengharapkan lelaki! Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam redha tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tahu. Kalau sayang isteri cukuplah jaga hati dan perasaan, bukan dengan mengahwini perempuan lain.
Perempuan kalau dah sayang sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta! Balas la yang sama, hargailah isteri, kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan,” tulis Anzalna di Instagram.
Jadi sebagai wanita, apa pandangan anda tentang isu ini?
Tiada BAZAR RAMADAN Tahun Ini. Peluang Terbaik Untuk MAKAN SECARA SIHAT Ketika Berbuka & Sahur Di Rumah

Ramadan al Mubarak bakal menjelma. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita bakal bertemu dengan bulan penuh keberkatan ini. Namun, kali ini suasananya sangat berbeza kerana buat pertama kali tiada bazar Ramadan dan solat tarawih berjemaah di masjid ekoran lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bermakna, tiada juga jamuan moreh.
Selalunya bazar Ramadan umpama pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman manis yang disediakan untuk berbuka. Ketika ini apa saja yang teringin pasti akan dibeli hanya kerana seharian berpuasa sekaligus mengabaikan amalan makan secara sihat.
Kenapa perlu makan secara sihat sepanjang bulan Ramadan? Ini adalah penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Jika masalah ini berlaku boleh mengganggu tumpuan kita yang sedang berpuasa.
MAKAN SECARA SIHAT
Makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang walaupun di bulan puasa. Semua kumpulan makanan perlu diambil mengikut Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu, ambil air secukupnya sama ada dalam bentuk minuman atau sup.
HIDANGAN SIHAT BERBUKA PUASA
Rata-rata gemar berbuka puasa dengan minuman dan kuih-muih manis. Bagi mengelakkan makan secara berlebihan, ambil makanan ringkas terlebih dulu ketika berbuka puasa. Ini juga mengelakkan ketidakselesaan sistem penghadaman. Mengikut sunnah, lebih afdal mengambil kurma sebagai makanan pertama ketika berbuka. Kurma kaya dengan tenaga dan serat.
Pengambilan makanan pedas dan berempah juga tidak digalakkan ketika berbuka puasa. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan perut di siang hari. Berikut contoh cadangan menu yang bagus diambil sepanjang Ramadan:
BERBUKA | 3 biji kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih. |
MAKAN MALAM | 1½ cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah. |
MAKAN LEWAT MALAM (MOREH) | Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich, kuih-muih, kacang atau buah-buahan. |
SAHUR
Amalan bersahur penting semasa berpuasa bagi membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur tidak digalakkan.
Semasa bersahur digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi ketika bersahur.
Pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan. Contoh makanan untuk sahur yang boleh diambil seperti berikut:
SAHUR | 1½ cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, ½ cawan sup sayur campur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong dan 1 gelas susu rendah lemak Atau 1 cawan bijirin sarapan dengan ½ gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong |
Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia