Menerusi satu entri di laman Instagram, menantu kepada penyanyi kesayangan negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Tya Arifin berkongsi berita gembira bahawa dia kini hamil 4 bulan.
“Alhamdulillah, inilah saatnya untuk saya umumkan berita gembira kepada semua.
Arif akan menjadi abang, insyaallah. Mohon doa nya kepada semua, semoga bayi dalam kandungan ini sihat”, tulis Tya di laman instagram.
Apa yang menariknya, Tya berkongsi berita gembira tersebut kepada suami, Ashraf Khalid dengan membuat kejutan. Bertambah sweet apabila anak lelaki mereka, Arif Jiwa yang menyerahkan pregnancy kit kepada Ashraf.
https://www.instagram.com/p/BrJx9yyFfof/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=dvrcfx4h20t6
Seronoknya tengok pasangan bahagia ini. Diharapkan dengan kehamilan anak kedua ini, rezeki untuk keluarga mereka bertambah. Tahniah Nona ucapkan dan semoga Tya menjalani proses kehamilan dengan selamat sehingga proses kelahiran.
Hari ini 5 tahun yang lalu, Putera Harry Mengahwini Cinta Hatinya, Orang Biasa MEGHAN MARKLE
Harry merupakan anak kedua Raja Charles III (ketika itu Prince of Wales) dengan Diana, Princess of Wales. Beliau dengan Meghan, seorang pelakon A.S. yang terkenal menerusi siri drama TV “Suits,” mula menjalin cinta pada pertengahan 2016.
Harry melamar Meghan di taman Istana Kensington, London & kemudian bertunang pada 2017. Pada November tahun itu, Clarence House mengumumkan bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan pada musim bunga 2018.
Upacara perkahwinan gilang-gemilang penuh istiadat berlangsung pada Sabtu, 19 Mei 2018 di Gereja St. George’s, Istana Windsor. Beberapa jam sebelum upacara bermula, Harry dikurniakan gelaran Duke of Sussex oleh nendanya, Ratu Elizabeth II.
Tengah hari itu, Meghan berjalan masuk bersama pengiring sebelum disambut Charles mengiringinya menuju ke altar. Disaksikan kira-kira 600 ahli keluarga & tetamu jemputan, Harry, di usia 33 tahun & Meghan, 36 tahun, bertukar janji & sah sebagai suami isteri.
Untuk upacara tersebut, Meghan memilih gaun rekaan Claire Waight Keller oleh Givenchy, sementara Harry mengenakan pakaian seragam Blues & Royals, mengikut tradisi diraja & sebagai penghormatan kepada perkhidmatannya bersama rejimen itu.
Meghan menjadi warga A.S. ke-2 & orang berdarah campuran pertama yang mengahwini kerabat Diraja British. Sekali gus, perkahwinan ini menandakan episod baharu dalam monarki British apabila menonjolkan penerimaannya terhadap kepelbagaian budaya.
Antara kelainan yang turut dibawa dalam perkahwinan ini adalah Harry & Meghan meminta supaya segala sumbangan disalurkan kepada badan-badan kebajikan pilihan mereka, sebagai ganti kepada tradisi pemberian hadiah perkahwinan.
Perkahwinan Harry & Meghan dianggar menelan kos sekitar £32 juta. Pada masa sama, ia juga menjana pendapatan sebanyak £1 bilion kepada ekonomi British, dibawa oleh para pelancong & penjualan cenderahati.
Sumber: ASTRO AWANI
“Tolonglah Tolak, Hati Saya Dah Berpunya” Reaksi Menteri Kewangan Cuit Hati, Siap Tinggal Pesanan Untuk Isteri!
Selepas nama Chong Wei, terbaharu nama ‘Menteri Kewangan’ pula dijadikan modal love scam untuk memperdayakan mangsa. Kes yang tular sejak beberapa hari ini melibatkan seorang guru tadika di Pahang turut mendapat perhatian Menteri Kewangan sebenar, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz.
Terkenal dengan perwatakan family man, suami kepada YM Raja Datin Sri Johanna Adrina berusia 48 tahun itu jelas terkesan dengan isu yang melibatkan namanya.
Dalam satu hantaran beliau, reaksi Tengku Zafrul sempat mencuit hati netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan nasihat yang disampaikan.
“Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.⠀
⠀
Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.⠀
⠀
Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2. ⠀
⠀
Pesanan ini juga khas untuk isteri saya.” Tengku Zafrul
Merupakan menantu kepada tokoh korporat YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Tengku Zafrul amat terkenal sebagai seorang Menteri yang menyenangkan, penggemar sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Beliau memiliki empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
Biarpun sebelum ini Tengku Zafrul sibuk dengan kerjaya di sektor perbankan dan kini menggalas tanggungjawab terbesar negara iaitu mentadbir kewangan Malaysia, pasangan hebat ini masih gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan keluarga dan anak-anak.
Sumber: Instagram @tzafrul_aziz
[VIDEO] Ustaz Zul & Azhar Idrus Dedah Nikmatnya Ramadan Dalam Waktu PKP, Untungnya Kita!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hingga 28 April ini, rata-rata masyarakat ‘merungut’ betapa berbezanya sambutan puasa tanpa kebiasaan bersolat tarawih di masjid dan bazar Ramadan.
Namun kalau diteliti laporan kes COVID-19 hingga semalam, barangkali kita pun boleh meramal, dunia luar masih belum selamat dari jangkitan. Sebenarnya peluang di rumah pada bulan puasa nanti seharusnya dimanfaatkan. Mungkin sebelum ini kita terlalu sibuk, jadi cuba untuk kali ini saja, kita rebut sebanyak-banyak nikmat di bulan Ramadan.
Salah satu dialog menarik adalah di antara Menteri Agama, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di IGTV. Kedua-dua murabbi kesayangan rakyat Malaysia ini saling berpendapat bahawa PKP ketiga ibarat ‘dalam bala ada nikmat’.
Sebagai agamawan, Dr. Zulkifli selalu berkongsi pandangannya melalui platform media sosial. Antara isu-isu yang pernah ditegurnya adalah kontroversi tajuk drama Isteri Untuk Disewa dan status jantina usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman (Nur Sajat) ketika menunaikan umrah di Mekah.
Dr. Zulkifli dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Kampung Goh Pauh, Kemaman, Terengganu. Sebelum ini beliau merupakan mufti Wilayah Persekutuan dan juga pengasas kepada Pondok Moden al-Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk, tidak sedikit pun Tokoh Maulidur Rasul 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan itu berbangga diri dengan jawatan tersebut.
Gunakan Sebaiknya
Biarpun berpangkat besar, beliau sebenarnya seorang yang merendah diri dan sering mendengar pandangan agamawan lain.
Satu soalan Dr. Zulkifli yang menarik perhatian ramai, adalah sewaktu beliau bertanya soalan kepada UAI bagaimana kalau UAI dilantik memegang jawatan Menteri Agama Malaysia.
Jawab UAI, apabila seseorang individu mendapat kuasa atau pengaruh, gunakanlah peluang itu sebaik-baiknya. Kelak nanti tanggungjawabnya akan dipersoalkan Allah.
https://www.instagram.com/p/B-tkD3DlBQL/?utm_source=ig_web_copy_link
Mula dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada 2014, Zulkifli menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama dan beliau turut menghasilkan beberapa penulisan buku keagamaan seperti Bayan Linnas, Irsyad Fatwa dan Irsyad Usul Fiqh.
Kelantangannya mencoret nasihat-nasihat agama berkaitan isu semasa membuatkan rakyat semakin menyayanginya. Beliau dianggap seorang agamawan yang menegur tanpa sebarang prejudis, hanya mahu menegakkan hukum dan syiar Islam.
Semoga Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dikurniakan kekuatan, kesihatan dan kesabaran memimpin kementeriannya kelak sekaligus mengangkat syiar Islam di Malaysia.