Tahniah! DATUK HANS ISAAC Antara 16 Dilantik Anggota Perbadanan Stadium Malaysia

Tahniah buat Datuk Hans Isaac di atas perlantikan sebagai anggota Perbadanan Stadium Malaysia yang baharu berkuat kuasa beberapa hari yang lalu.  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pelantikan selebriti dan pelakon tersebut bersama 15 yang lain.

Kredit Instagram @hansisaac

Pelantikan individu-individu yang terdiri daripada pelbagai sektor mengambil kira pengalaman yang luas dalam bidang kepakaran masing-masing dan bakal mencetuskan impak yang positif kepada pembangunan perbadanan sebagai hab sukan dan hiburan yang unggul.

Turut Baca: https://www.nona.my/segak-usia-51-tahun-dari-pelakon-ke-pentas-politik-dato-hans-isaac-dah-ada-4-cawangan-restoran-yarl/

Foto Kredit : Instagram @hannahyeoh

Melalui kenyataan Unit Korporat KBS, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan, melalui barisan keanggotaan baharu ini, misi beliau adalah untuk memastikan hala tuju perbadanan lebih mapan.

Katanya, ia merangkumi dari segi pengurusan fasiliti yang berdaya mapan, mengamalkan tadbir urus korporat yang baik, menyediakan perkhidmatan yang efisien dan profesional kepada semua pihak serta merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

“Bagi sektor Korporat, pengerusinya adalah Datuk Hans Isaac; Datuk Seri Windsor Paul John (Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC); Datin Anita Azrina Abdul Aziz (Pengurus Besar Kanan, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan, Petronas); Zahir Kelvin Ong Abdullah (Pengacara rancangan ‘Money Matters’ serta ahli korporat dan penganjur acara antarabangsa) dan Aaron Sarma (Pengasas Bersama ScaleUp Malaysia dan Remote Ventures).

Kredit Instagram @hansisaac

Bagi persatuan sukan, turut dilantik Mohd. Joehari Mohd Ayub sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia; Afrita Ariany Nasril (Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia); Nishel Kumar Silvaraja (Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia); Monteiro Gerard Clair (Presiden Persatuan Skuasy Malaysia) dan Tan Seok Khoon @ May Tan (Penolong Setiausaha Kesatuan Renang Malaysia).

Untuk sektor kerajaan pula, Mohd. Faidz Sanusi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia; Ramona Mohd. Razali (Timbalan Ketua Setiausaha(Strategik), Kementerian Belia dan Sukan); Datuk Abd Shukor Mahmood (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri); Datuk Mohamad Razif Abd Mubin (Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim); Christina Dominic Cotter (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan Malaysia) dan Mohamad Darus Selamat (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Kerja Raya).

Kredit Instagram @hansisaac

Anggota perbadanan bersama yang dilantik ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Mohd. Faidz Sanusi dan pengurusan kanan perbadanan yang akan mencipta semula pendekatan terhadap industri pengurusan fasiliti untuk semua.

Makin meningkat usia, makin berjaya Dato’ Hans Isaac. Kalau sebelum ini namanya dikenali sebagai pelakon, pengarah dan penerbit kini jejaka berusia 51 tahun berkenaan turut terkenal sebagai ahli politik.Dato’ Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac menyertai parti politik Pakatan Harapan (PH) sekitar tiga tahun lepas.

Share
Published by
Rosmah Idayu