Tahniah! Erra Fazira, Bakal Tunai Haji Ogos Nanti & Teruja Hadiri ‘Taman Syurga’

Seronoknya Erra Fazira bila ‘dapat jemputan’ untuk menunaikan haji pada tahun ini. Semoga segala urusan Erra Fazira ke tanah suci nanti dipermudahkan dan pulang dengan haji yang mabrur.

Dalam pada itu Erra Fazira, telah berkongsi di laman media sosialnya menghadiri tazkirah yang telah dianjurkan oleh salah seorang temannya. Coretan Erra Fazira, “Alhamdulillah, thank you @qaiserdarussalam for inviting us. It was a great session. So glad to meet all sisters yang lama tak jumpa!” kongsi Erra Fazira.

Dalam perkongsian foto tersebut kelihatan pelakon Eja pun turut serta menyertai majlis ilmu yang telah dianjurkan. Walaupun sudah lama tidak muncul namun kelibat Eja masih cantik seperti dahulu.

Betapa besarnya nikmat kurnian Allah SWT kepada orang yang menghadirkan diri ke majlis ilmu. Hadir saja ke majlis ilmu Allah SWT anugerahkan kepadanya jalan ke syurga. Subhanallah, begitu besar kurniaannya. Walaupun kita tertidur sekalipun, masih juga dapat pahala.

Dalam pada itu, Erra Fazira menzahirkan rasa terujanya dengan perkongsian yang telah diketengahkan oleh Ustaz Md Nor dan mengharapkan agar usaha murni ini akan diteruskan oleh teman-teman rapatnya.

Tambah Erra, “Great food dan sedikit tazkirah dari Ustaz Md Noor. Pendek tapi zasstt padat!! We should do this more often. So,

rumah siapa next?” tulis Erra Fazira.

Apabila pelakon utama Drama Gerak Khas ini diminta untuk mengulas tentang kerap dilihat menghadiri kelas mengaji atau cenderung ke arah program spiritual, jelasnya, “Sebenarnya aktiviti ini sudah lama saya aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Namun, kewujudan platform media sosial ini semakin memudahkan saya untuk berkongsi dengan peminat setiap aktiviti yang dilakukan.

Seperti belajar mengaji Al-Quran saya lebih seronok mengajak teman-teman rapat untuk bersama-sama memperbaiki bacaan dan memperbetulkan tajwid.

Kadang-kadang timbul juga rasa malas untuk meneruskan pembelajaran tetapi kawan-kawan akan menjadi pemangkin menaikkan semangat untuk terus belajar.

Namun, saya tetap menyimpan hasrat untuk mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna seperti yang tersemat dalam hati setiap insan yang bergelar Muslimat.

Tergambar riak ceria di wajah pelantun lagu Yang Terindah Hanya Lah Sementara ini apabila bercerita tentang perkembangan terkininya. “Kerjaya seni dan perniagaan saya buat masa ini berjalan seiring.

Daripada segi karier seni, walaupun saya sudah tidak seaktif macam dahulu tetapi saya merencanakan perjalanan hidup mengikut keselesaan diri. Tawaran yang datang saya tapis dahulu dan lebih mementingkan Aleesya. Mempunyai anak yang sedang membesar, mana mungkin saya akan meninggalkan Aleesya dalam masa yang begitu lama,” kongsi Erra Fazira.

Share
Published by
Hamizatul Maizan