Kempen Nona Superwoman yang dibawakan oleh Majalah Nona, terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd sampai ke kemuncaknya semalam dengan penganjuran Nona Superwoman Award 2018. Malam anugerah tersebut bertujuan meraikan wanita-wanita yang banyak memberi inspirasi serta mempunyai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa antara wanita inspirasi yang menerima anugerah pada malam tersebut dengan masing-masing membawa pulang dua anugerah iaitu Nona Legend Award
& Nona Influencer Award (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Nona Insta Famous Award & Nona Hijab Award (Neelofa).Sebanyak 36 anugerah diberikan pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini termasuk satu anugerah utama iaitu Nona Superwoman of The Year 2018, yang diterima oleh Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah binti Aziz.
Selain daripada Nona Superwoman of The Year, antara anugerah-anugerah lain yang diberikan pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini ialah Nona Celebrity Business Award (Mila Jirin), Nona Fashionista Award (Rozita Che Wan), Nona Motivator Award (Prof Dr Muhaya), Nona Charity Award (Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah), Nona Royal Award (YM Tunku Kaiyisah), Nona Active Award (Datuk Nicol David), Nona VIP Award (Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina), Nona Entrepreneurs Award (Datin Vivy Yusof).
Penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini turut mendapat sokongan daripada jenama perbankan , Affin Bank Berhad selaku penaja utama. Selain itu, malam anugerah ini juga turut dikilaukan oleh Swarovski dan diserikan oleh Max Factor X selaku penaja bersama.
Tahniah Nona ucapkan kepada para penerima Nona Superwoman Award 2018. Terima kasih juga kerana teruskan sokongan anda kepada Majalah Nona yang telah berada di pasaran selama 33 tahun. Diharapkan kepada semua penerima anugerah ini dapat memberi inspirasi kepada wanita lain di luar sana untuk mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing juga.
This website uses cookies.