Sebelum ini bertebaran spekulasi dari netizen yang meneka pelakon dan model terkenal Remy Ishak dan isteri bakal menimang cahaya mata selepas gambar isteri kelihatan sedikit berisi.
Sebentar tadi, sumber melaporkan Remy Ishak akhirnya membuka mulut mengesahkan bahawa isteri tercinta, Ezza Yusof hamil 5 bulan sekali gus menamatkan spekulasi berkenaan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut sumber Kosmo!, Remy berkongsi perasaannya yang bakal bergelar bapa beberapa bulan lagi tidak dapat digambarkan dan ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa, dan dirinya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”
“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehkah saya kongsikan kepada orang ramai,” ujarnya.
Pelakon filem Cun itu turut berkongsi imbasan bunyi ultra (ultrasound) telah dilakukan dan kandungan isteri berada dalam keadaan sihat.
Dia juga dengan rendah hati berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya menjalani proses kehamilan dengan baik dan urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei bin Ishak telah mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021. Tahniah diucapkan kepada Remy dan isteri. Semoga dipermudahkan segalanya.
This website uses cookies.