Gaya Hidup

Tahniah! Walaupun Tanpa 1 Tiub Fallopian, Sari Yanti HAMIL Anak Ke-4

Dalam diam tak diam sudah tiga tahun rupanya pasangan selebriti romantis, Jep Sepahtu bersama isterinya, Sari Yanti melayari bahtera rumah tangga. Sejak mendirikan rumah tangga Sari Yanti telah mengurangkan aktiviti seni kerana mahu menumpukan seluruh perhatian kepada keluarga.

Tahniah! Buat pasangan sama cantik sama padan ini atas ulang tahun perkahwinan ke-3 hari ini. Semalam Sari Yanti melalui akuan Instagramnya telah menitipkan kata-kata romantis buat suami tercinta.

Lebih menarik apabila dalam ucapan ulang tahun perkahwinannya itu, Sari Yanti telah berkongsi ‘hadiah istimewa’ yang sangat berharga buat pasangan ini. “Esok anniversary

kami yang ke-3. Ya Allah rahmatilah perkahwinan kami di dunia hingga akhirat, amin,” coret selebriti cantik yang berusia 35 tahun ini.

Tambahnya lagi, “Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke-3 tahun, kami sedang tunggu kehadiran ahli baru, insya-allah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga.

Saya tak penah kisah Jep rambut panjang ke pendek. Mana-mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband. Happy 3rd Anniversary,” coret Sari Yanti yang sudah mengandung 6 bulan.

Sebelum mengandungkan Dariya Inara dua tahun lalu Sari Yanti pernah keguguran lantaran mengandung luar rahim. “Ketika baharu kahwin dahulu saya terpaksa dimasukkan ke hospital sebab kandungan luar rahim atau ectopic.

Waktu itu kira macam bunting pelamin. Saya turun darah hari-hari dan asyik masuk hospital sebab turun darah. Doktor suspek saya mengandung luar rahim dah ketika itu.

Kandungan tu kecil lagi tapi sebab dia membesar dalam tiub fallopian sehingga menyebabkan tiub fallopian tu pecah. Saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian. Kandungan pun kecil lagi ketika itu dan keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan. Saya berpantang macam biasa sebab pembedahan.

Alhamdulillah saya ingatkan susah nak mengandung selepas tiub fallopian tinggal satu sahaja. Tapi bila saya mengandung saya syukur sangat-sangat kerana Allah SWT nak bagi juga rezeki kepada kami suami isteri,” kata Sari Yanti ketika sedang mengandungkan Dariya Inara dahulu.

Melalui perkahwinan terdahulu, Sari Yanti telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq. Comelkan anak-anak Sari Yanti, semua mewarisi kejelitaan ibunya. Tahniah! Sekali lagi Sari Yanti dan Jep.

Foto: Instagram @sariyanti

Share
Published by
Hamizatul Maizan