Pernahkah anda terfikir bahawa selama ini telah mencuci rambut dengan cara yang salah? Ada yang mencuci rambut secara keterlaluan dan tidak kurang juga merasakan seperti ada kekurangan ketika mencuci rambut.
Jawapan bagi dilema yang menghantui diri anda sebenarnya adalah bergantung kepada jenis rambut individu. Perbezaan jenis rambut memerlukan penjagaan yang berbeza.
Rambut nipis/halus
Bagi mereka yang memiliki rambut halus atau nipis cenderung menyerap lebih minyak berbanding dengan rambut jenis lain. Ini bermakna pemilik rambut nipis cepat berminyak dan perlu mencuci rambut lebih kerap. Jika berkesempatan, cuci rambut setiap hari terutama apabila kerap bersenam.
Jika masa menjadi kekangan untuk bersyampu setiap hari, cuba syampu rambut dua kali sehari dengan menggunakan syampu untuk rambut kering. Syampu jenis ini merupakan alternatif terbaik untuk menyerap segala lebihan minyak dalam rambut serta kulit kepala.
Rambut medium
Pemilik rambut medium ini berada di antara jenis rambut nipis dan rambut lebat. Anda boleh mencuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Rambut jenis ini tidak menyerap minyak seperti rambut halus juga tidak menyembunyikan minyak seperti rambut jenis tebal. Sebaik-baiknya jangan mencuci rambut setiap hari untuk mengekalkan rambut yang sihat dan cantik.
Rambut lebat
Bagi pemilik rambut tebal atau kerinting lebat bersyampu bukan suatu masalah buat mereka. Ini kerana setiap helai rambut jenis ini berupaya untuk mengelak minyak berkumpul dan mengambil lebih banyak masa untuk memerangkap minyak di dalam rambut. Bersyampu sekali seminggu sudah memadai buat pemilik rambut lebat.
Rambut natural
Jika anda mempunyai rambut jenis ini bermakna tidak perlu bersyampu. Sebaliknya boleh adaptasi dengan kaedah co-wash. Kaedah ini adalah menggantikan peranan syampu kepada perapi rambut sahaja. Syampu akan membuat helaian rambut menjadi cepat kering manakala perapi rambut berfungsi untuk membersihkan rambut tanpa mengeringkannya.
Terdapat juga beberapa jenis syampu yang direka khusus buat mereka yang memiliki rambut jenis natural ini. Syampu jenis ini membersihkan sambil melembapkan rambut dan dalam masa yang sama tidak mengeringkannya.
Rambut berwarna
Rambut yang diwarnakan dengan bahan kimia akan membuat rambut lebih rapuh terutama di bahagian akar rambut. Terlalu kerap mencuci rambut tidak hanya membuat warna rambut cepat pudar malah merosakkan bahagian folikel rambut. Pemilik rambut berwarna ini disarankan untuk mencuci rambut paling tidak dua kali seminggu agar tidak menambah kerosakan rambut anda.
This website uses cookies.