Inspirasi

Tahun Lalu Ke Mekah Dengan Tangisan Sedih, Bella Astillah Syukur Kembali Buat Umrah & Allah Makbul Doanya!

Rezeki Bella Astillah dapat pergi menunaikan umrah pada waktu yang sangat diimpikan umat Islam iaitu pada 10 malam terakhir Ramadan. Berangkat ke Tanah Suci pada 22 Mac lepas, pemergian aktres tersebut kali ini turut ditemani adik tersayang iaitu Didi Astillah.

Kian tabah melalui episod duka selepas perceraiannya dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, kehidupan Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah kini makin bahagia di samping insan tersayang.

Bella Astillah Tunai Umrah Dengan Adik

Bukan hanya dikelilingi rakan-rakan yang baik, dia juga dikurniakan rezeki melimpah ruah dengan menerima tawaran sebagai duta pelbagai jenama fesyen serta kosmetik.

15 Mac lalu genap 31 tahun usia wanita kelahiran Sabah ini. Selamat tiba di Tanah Suci Mekah, Bella Astillah berkongsi aktivitinya di sana di samping menitipkan doa buat peminat dan followers kesayangan.

“Terima kasih atas jemputan ke rumahMu Ya Allah, Makkah Al-Mukarrahmah bagi hambaMu yang penuh kekurangan ini. (Mekah melepasi 3 juta tetamu buat kali pertama pada malam ke-23 Ramadan).

Syukur Alhamdulillah selesai umrah. Bella dapat bawa adik Didi Astillah bersama. Alhamdulillah. Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.

Dan kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang. Alhamdulillah, betapa Allah Maha Baik kepada hamba-Nya.”

Tambahnya lagi, “Bella turut mendoakan semua yang mengenali bella atau pun tidak. Kebelakangan ini, bella terima banyak sangat kasih sayang dan sokongan yang luar biasa dari semua mashaAllah. Never did I think in a million years that I would receive such great amount of love and support, Alhamdulillah. Terima kasih semua.

Dan kepada yang sedang bersedih/down, mulai untuk belajar menerima apa jua keadaan dengan hati yang lapang. Kerana ini yang kita panggil berdamai dengan takdir. Sama ada kita nak terima atau pun tolak, semuanya akan tetap berlaku tapi ia juga pasti berlalu.

Ingat bahawa takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan kita, perasaan kita, sama ada kita suka, tak suka atau bahagia.

Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses ‘healing’ kita, tapi disitulah letaknya kekuatan. Ketika kita cuba jadi lebih kuat, lebih tenang dan lebih bersedia menghadapi apapun yang datang.”

Hasil perkongsian hidup dengan Aliff Aziz, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Share
Published by
Suzi