Dunia seni tempatan semakin meriah dengan kehadiran pendatang dan wajah baharu. Tidak ketinggalan empunya nama Syerinie Myra, 17 tahun seorang pelakon muda yang cukup mencintai bidang seni. Walaupun usianya masih hijau, ia tidak menjadi halangan bagi Syerinie atau lebih mesra disapa Myra untuk mengejar cita-citanya dalam karier yang dicintainya.  Antara drama yang pernah dibintangi Myra termasuklah Ti Amo Sweetheart 100 hari!, Semusim Rindu, Hantu Punya Bos dan Sedingin Cinta Antasya.

Sudah berada didalam industri seni selama 3 tahun menjadikan anak sulung daripada 4 beradik ini semakin matang. Walaupun masih di bangku sekolah dan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini, Myra bijak membahagikan masa antara pelajaran dan minat dalam bidang lakonan. Baginya, tiada yang mustahil selagi dia mempunyai peluang untuk menggapai bintang dilangit sekaligus mencipta kejayaan di usia yang muda.

Ads

Tak Abai Pelajaran Walaupun Bergelar Pelakon, SYERINIE MYRA Ambil Kelas Tambahan

 

BAGAIMANA ANDA BOLEH BERKECIMPUNG DALAM BIDANG SENI?

Sejujurnya, permulaan karier saya bermula daripada laman Instagram. Saya mendapat DM (direct message) dari penerbit David Teoh yang mengajak saya untuk pergi ke casting daripada produksi beliau. Saya masih ingat ketika itu saya berada di tingkatan tiga. Bermula dari situ, saya mula berjinak-jinak dalam bidang seni. Saya mula dengan menjadi model untuk iklan dan seterusnya mendapat beberapa tawaran untuk berlakon.

Tak Abai Pelajaran Walaupun Bergelar Pelakon, SYERINIE MYRA Ambil Kelas Tambahan

 

BAGAIMANA ANDA MEMBAHAGIKAN MASA ANTARA BELAJAR DAN BERLAKON?

Sejujurnya ia agak susah bagi saya. Apabila saya terlibat dengan penggambaran, saya terpaksa mengambil cuti dari sekolah. Namun, jika saya ada sesi penggambaran pada waktu pagi hingga petang, saya akan mengambil kesempatan pada belah malam untuk mengulangkaji pelajaran. Selain itu, saya ada mengambil kelas tambahan bagi menggantikan semula sesi pembelajaran yang saya terlepas di sekolah.

Ads

Tak Abai Pelajaran Walaupun Bergelar Pelakon, SYERINIE MYRA Ambil Kelas Tambahan

 

KONGSIKAN KENANGAN MANIS DAN PAHIT YANG SUKAR DILUPAKAN SELAMA BERADA DIDALAM BIDANG SENI

Kenangan manis, saya dapat berlakon Bersama Datuk Awie. Beliau mempunyai nama yang besar dalam industri seni dan saya berasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan beliau. Selain itu, saya amat teruja dapat digandingkan bersama pelakon yang amat berbakat iaitu Syukri Yahya. Kenangan pahit yang boleh dikatakan disini ialah saya pernah berada dibawah pengurusan yang tidak sistematik. Ia sedikit sebanyak memberi kesan pada perjalanan karier saya.

Ads

BAGAIMANAKAH ANDA MELIHAT INDUSTRI SENI BUAT MASA SEKARANG DAN APAKAH CABARANNYA?

Pada pendapat saya, sebagai pendatang baharu, kita harus bijak dan tidak menyalah guna kelebihan yang kita ada. Sebagai contoh, sekarang ini zaman digital. Kita lebih terdedah dengan teknologi seperti media sosial yang boleh dijadikan platform untuk menonjolkan diri hingga boleh menjadi viral sekaligus dikenali ramai. Apa yang penting, kita harus bijak menggunakan sosial media dan harus menyeimbangkan dengan kehidupan kita. Dari segi cabaran dalam bidang seni, saya boleh katakan persaingan dengan wajah-wajah baharu. Apa yang saya lakukan ialah be different.

 

APAKAH PRINSIP HIDUP YANG DIPEGANG SELAMA INI?

Prinsip yang saya pegang selama ini ialah sentiasa percaya dengan diri sendiri. Saya boleh dikatakan kurang mempunyai keyakinan diri dan masih rendah. Saya selalu letak dalam diri saya bahawa saya boleh lakukannya walaupun kadang-kadang saya rasakan ia susah. Saya bersyukur kerana mempunyai support system seperti kawan-kawan saya dan paling menyokong saya untuk terus aktif dalam bidang ini ialah ibu saya sendiri.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI