Tak Ada Acuan, Guna Muffin Pan Je Buat Kuih Cara Berlauk. Mudahnya!

Nampaknya Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan menyambung tempoh PKPB sehingga 9  Nov. Sekaligus lebih banyak masa akan dihabiskan di kediaman masing-masing. Pasti kebanyakan suri rumah buntu memikirkan menu untukhidangan seisi keluarga bukan? Mana tidaknya, apabila anak-anak ada di rumah, kejap-kejap menjengah ke dapur mencari makanan.

Jika kebiasaannya hanya tahu membeli juadah kuih muih ini, apa kata dalam situasi kini anda buat sendiri hidangan seperti kuih cara berlauk yang sememangnya menjadi kegemaran ramai.

 

Perkongsian oleh Masliza Maaris melalui laman facebook miliknya memperlihatkan bagaimana mudahnya membuat kuih cara berlauk ini tanpa menggunakan acuan. Menurut Masliza atau lebih mesra disapa Ayin, kuih cara berlauk yang dihasilkan tidak menggunakan acuan kuih cara tetapi hanya menggunakan muffin pan bersaiz kecil serta menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.

 

Masliza Maaris

BAHAN-BAHAN ADUNAN TEPUNG:

75g tepung gandum

sebiji telur

170ml santan (suku kotak campur air)

2 sudu mentega (dicairkan)

Bancuh semua bahan dan ketepikan.

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:
500g daging kambing cincang
Separuh bawang (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu rempah kurma
1 sudu sos tomato
Garam  & gula secukup rasa
Daun sup dan lada dihiris

*resepi asal ada halia, lada hitam dan cili kisar tapi saya tak letak.

CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang hingga wangi masukkan  daging kambing cincang  dan gaul hingga masak. Campur rempah kurma, sos tomato, garam dan gula. Gaul hingga sebati. Ketepikan.

2.Guna api paling kecil panaskan acuan. Hati-hati kerana muffin pan ini nipis nanti cepat masak dan cepat hangus.

3. Bila dah letak inti, daun sup dan lada, padam api dan tutup dengan penutup periuk. Biarkan sebenar. Kehangatan udara dalam penutup tu akan masakkan bahagian atas pula.

Selamat mencuba!

 

Share
Published by
Rosmah Idayu