Hanya wanita yang pernah melalui keruntuhan rumahtangga saja faham bagaimana rasa sakit dan sebak di dada lebih-lebih lagi akibat kecurangan suami sendiri. Rasa serik untuk memulakan hubungan baru juga ibarat suatu fobia ngeri.

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

IKLAN

Maia Estianty, penyanyi Indonesia yang dulu popular dengan kumpulan Ratu juga mengambil masa yang lama untuk berkahwin semula setelah berpisah dengan bekas suaminya Ahmad Dhani penyanyi kumpulan Dewa 19 pada tahun 2008.

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

Pencipta lagu Teman Tapi Mesra ini sedang mengulit bahagia dengan suami yang dinikahi pada 29 Oktober 2018 lalu. Baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama usahawan terkenal Indonesia, Irwan Mussry, Maia telah menzahirkan rasa syukurnya di laman Instagram miliknya @maiaestiantyreal

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

“Jodohku adalah KAMU!!!” Ucapan Maia buat suami tercinta. Wanita yang berusia 43 tahun ini pernah mengalami fasa kehidupan selepas perceraian yang menyakitkan selama bertahun-tahun. Dalam ucapan ulang tahun perkahwinannya Maia benar-benar bersyukur apabila dikurniakan suami yang benar-benar memahami dan menghargai dirinya.

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

Kongsi wanita kelahiran Surabaya, Indonesia ini lagi, “Kamu yang menerima aku dan ketiga anakku dengan segala kekurangannya, dan menerima mereka sebagai anakmu juga dengan selalu memanggil mereka ‘OUR SON, MY SON’,” tulis Maia yang bahagia apabila suaminya turut menerima ketiga-tiga anaknya dengan lapang dada.

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

Mengakhiri tulisannya, Maia mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, “Thank you my love untuk segala cinta, doa dan kasih sayangmu selama ini. Alhamdulillah. MaasyaaAllah. I LOVE YOU. Happy Anniversary ke-1 cintaku. Alhamdulillah setahun berjalan lancar dengan perlindungan Allah,” ucap Maia.

IKLAN

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

Kehidupan bahagia Maia boleh dilihat apabila sering berkongsi foto percutian bersama suami atau menemani suami atas kunjungan kerja ke serata negara.

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

IKLAN

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

Tak Ada Lagi Fasa Air Mata, Maia Estianty Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Penuh Syukur

Foto: Instagram @maiaestiantyreal

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI