Tak Ada Rumah, Kereta Mewah, Syed Saddiq Selesa Jalani Hidup Sederhana

Berbeza dari hari-hari biasa, nama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini tiba-tiba gempar apabila beliau didakwa di Mahkamah berkaitan kes penyelewengan dana.

Enggan terus melatah, saya tertarik berkongsi satu hantaran beliau baru-baru ini yang menunjukkan sisi kepimpinan Syed Saddiq dalam menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

“Saya fokus berkhidmat kerana saya milik rakyat.” Syed Saddiq

Sambil mengira jumlah kutipan dana yang kini mencapai lebih RM1 juta untuk Muar, Syed Saddiq turut mendedahkan kerjasama dengan firma audit terkemuka bagi menetapkan ‘golden standard’ dalam kerja-kerja kebajikan.

Syed Saddiq tekun mengira sumbangan dana untuk Muar

 

RASUAH ADALAH BARAH

“Saya masuk politik untuk bersihkan politik. Saya mahu semua bangsa berbangga duduk di Malaysia dan memanggil ini rumahnya.

Saya tak ada rumah mewah, kereta mewah atau jam mewah. Hidup saya sederhana. Tapi walau bagaimanapun, saya selesa.” Syed Saddiq

Kenyataan itu dilihat selari dengan gaya hidup pemuda segak berusia 29 tahun tersebut. Jika diperhatikan gaya hidupnya, Syed Saddiq lebih suka berkongsi tentang topik sukan, makanan dan dua ekor kucing kesayangan, Toby serta Meow-meow.

Ketelusan sebegini sebenarnya menepati kempen Rasuah Busters yang kini menjadi gelombang gerakan moral yang didukung jutaan anggota lebih 200 organisasi di seluruh pelosok negara. Pemulihan gejala rasuah harus dilaksanakan secara besar-besaran demi masa depan Malaysia.

Beraya bersama kucing peliharaannya

 

Terkenal dengan amalan diet sihat dan gemar menyediakan sendiri makanannya

 

Syed Saddiq sebelum ini pernah menarik perhatian ramai apabila dilantik sebagai Ahli Kabinet 2018 serta Menteri Belia dan Sukan bagi menggantikan YB Khairy Jamaluddin.

Syed Saddiq juga mencatat rekod baru dalam sejarah kepimpinan negara apabila menjadi menteri termuda yang diberi tanggunggjawab menjalankan tugas sebagai seorang menteri.

Bekas Juara Debat Asia yang juga graduan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini juga dilihat sebagai seorang anak yang sangat rapat dengan ibunya iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

 

 

 

She’s not just my mum, but my teacher.

Begitu tulis Syed Saddiq tentang ibunya yang merupakan seorang pesara guru dan cancer survivor.

Mengikuti perkembangan Syed Saddiq, pemuda ini memang gemar berkongsi kisah dan aktiviti keluarga tercinta. Jelas terbukti betapa Syed Saddiq mengutamakan ibu bapa dalam segala hal kerana mereka inilah yang telah banyak berkorban demi kejayaan Ahli Parlimen Muar itu sehingga ke hari ini.

Ibu bapa Syed Saddiq

 

PRINSIP HIDUP

Meskipun Syed Saddiq tidak lagi mempunyai jawatan penting dalam kerajaan, namun beliau adalah ikon pelapis untuk menerajui negara suatu hari nanti.

Prinsip hidupnya mudah. Beliau masuk politik untuk bersihkan politik. Semoga usaha dan niat murni Syed Saddiq berterusan serta menjadi asas perjuangan beliau dalam situasi dunia politik negara yang bergolak hebat.

Syed Saddiq dijangka mengadakan sidang media menerusi platform media sosial Facebook dan Instagram LIVE miliknya jam 8.00pm ini bagi memperincikan dakwaan terhadapnya kepada rakyat.

Share
Published by
Norzalina