Tak Ambil Makanan Lebih 2000 Kalori Sehari, JOY REVFA Berjaya Turun 4KG Dalam Masa Seminggu!

Amboi, makin berseri-seri Joy Revfa. Walau pun sibuk merencana strategi bisnes kosmetik, tetap ada masa jaga kecantikan diri. Bukan saja aktif bersukan kick boxing, Joy juga ketagih mencantikkan diri termasuk membuat rawatan gigi di sebuah pusat pergigian.

Menyedari berat badan yang naik mendadak sebelum ini membuatkan pengasas Merve Cosmetics tersebut terpanggil untuk kembali langsing secara sihat. Tak lokek berkongsi rahsia, Joy tanpa berselindung mengakui mengamalkan rutin senaman seperti kick boxing

di samping menjaga pengambilan diet harian.

Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini, “Sejak Joy amalkan diet, exercise, sauna, kickboxing dan ambil berat tentang kalori pemakanan yang Joy ambil setiap hari… make sure jangan ambil makanan lebih 2000 kalori, jangan ambil berminyak / manis terutama nasi. Minum air 8 gelas sehari dan last makan pukul 6 petang macam Intermittent Fasting diet jugak. Alhamdulillah, dalam masa seminggu saja Joy dah turut 4 kg. Rasa tak percaya tapi kalau rajin dan berusaha memang nampak result

!

Lepas dah lose weight, nak focus fit dan shapekan body to look good, feel good and damn good!

Yang jadi naik berat mendadak sebelum ni bedal je nak makan apa tanpa kira kalori, makan nasi siang malam tanpa bersalah dan tak exercise keluar peluh langsung. Sedih! So kawan-kawan yang nak start lose weight tu elok la cepat-cepat start dan jangan malas ok!”

Kalau intai media sosial Joy memang nampak perubahan bentuk badan usahawan ini. Bahkan dia turut mengakui mampu memakai seluar yang dibelinya suatu masa dulu. Maknanya dah makin ‘mengecil’ tu. Walau macam mana pun tip yang anda buat untuk tampil kurus dan langsing, kunci utamanya ialah konsisten. Bila konsisten dan azam kuat untuk berubah, inshaAllah semuanya bukan lagi angan-angan!

 

Kredit: Instagram Joy Revfa

Share
Published by
Suzi