“Tak Bawa Apa Kelebihan..” Rasa Janggal, INTAN NAJUWA Enggan Dan Tak Biasa Dipanggil ‘Datin’

Tak sampai seminggu mendirikan rumah tangga, pelakon Intan Najuwa akui masih membiasakan dirinya yang kini sudahpun bergelar isteri. Ditemui baru-baru ini bersempena KLFW, Intan mendedahkan sebaiknya dia tidak mahu orang memanggilnya dengan gelaran ‘Datin’ walaupun sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Datuk Ahmad Asraf Azman.

Pelakon berusia 26 tahun itu mengaku berasa janggal apabila dipanggil ‘Datin‘ dan hanya mahu mengekalkan namanya sahaja dalam kalangan orang terdekat dan kenalan.

“Jujurnya saya rasa agak canggung bila orang panggil saya Datin. Saya masih Intan yang biasa seperti sebelum ini. Saya rasa orang perlu kekalkan panggilan Intan, tak perlu panggil Datin sebab bagi saya gelaran Datin itu tidak membawa apa-apa kelebihan.

“Kawan-kawan saya pun saya marah bila mereka panggil saya Datin,” katanya kepada sumber, Utusan Malaysia.

Menjelaskan kepada NONA, Intan turut mendedahkan dirinya berterima kasih kepada Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, yang merupakan bekas suami kepada Fasha Sandha dan Nora Danish kerana mengaturkan pertemuannya dengan Datuk Ahmad Asraf.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid disatukan dengan Ahmad Azraf, pada Jumaat lalu di Desaru Coast, Johor dengan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.

Share
Published by
Wan Firdaus