Niatnya untuk membantu sambil berdakwah, membuatkan nama Ustaz Ebit Lew sentiasa harum di bibir masyarakat. Tanpa menggunakan sebarang kabel, beliau tetap aktif menyantuni golongan yang memerlukan, melangkaui batasan bangsa dan agama.

Ads

Jumaat lepas, Ustaz Ebit Lew mengambil satu inisiatif besar dengan menyewa sebuah pesawat kargo swasta bagi menghantar bantuan kepada petugas barisan hadapan di Sabah. Dalam hantaran di bawah, kata beliau,

Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. Hantar barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways.

Doakan ye insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat.

Tak Cukup Sewa Bas & Lori Air, Ustaz Ebit Lew ‘Terbangkan’ Bantuan Ke Sabah Guna Pesawat PulaTak Cukup Sewa Bas & Lori Air, Ustaz Ebit Lew ‘Terbangkan’ Bantuan Ke Sabah Guna Pesawat PulaTak Cukup Sewa Bas & Lori Air, Ustaz Ebit Lew ‘Terbangkan’ Bantuan Ke Sabah Guna Pesawat Pula

Sehari kemudian, kelihatan semua bantuan tersebut telah selamat diagih-agihkan kepada frontliners di hospital-hospital utama sekitar Sabah. Cepat dan efisyen, begitulah budaya kerja Ustaz Ebit Lew dan pasukannya mengatur bantuan.

Syukur sangat barang yang dihantar kami dari sini ke Sabah dengan Raya Airways Kargo selamat selesai dihantar. Semua bekalan set PPE, mask, spec, sarung kaki, face shield untuk frontliner telah selesai diedarkan dalam masa 2hari. Syukur 10 kru sukarelawan kami di Sabah diketuai Hj Ikhsan Helzy. Mereka semua berniaga kereta sewa. Senang bergerak sana sini. Banyak kenderaan.

Bantuan di hantar ke Hospital Tawau, Pejabat Kesihatan Lahad Datu, Hospital Semporna, Hospital Kudat, Hospital Tuaran, Menggatal, Semporna dan beberapa tempat lain. Bergerak sepanjang hari sampai malam bergerak dalam kenderaan kesana sini. Bahagia rasa. Anak muda bergerak di sana. Banyak video ucapan terima kasih dari Ketua Pengarah di sana. Syahdu rasa sangat.

Cuma satu harapan saya dari sini. Semoga Allah selamatkan Sabah. ALLAH beri kekuatan pada semua frontliner. Allah sembuhkan yang sakit. Allah berkatkan rezeki setiap orang yang dalam kesempitan. Semoga semua cepat kembali suasana seperti dulu-dulu Insya-Allah.

Ads

Tak Cukup Sewa Bas & Lori Air, Ustaz Ebit Lew ‘Terbangkan’ Bantuan Ke Sabah Guna Pesawat Pula

Tak Cukup Sewa Bas & Lori Air, Ustaz Ebit Lew ‘Terbangkan’ Bantuan Ke Sabah Guna Pesawat Pula

Tak Cukup Sewa Bas & Lori Air, Ustaz Ebit Lew ‘Terbangkan’ Bantuan Ke Sabah Guna Pesawat Pula

Ads

================

Alhamdulilah, syukur dengan segala keprihatinan dan bantuan dermawan seperti Ustaz Ebit Lew ini. Satu persatu budi baiknya menjadi kenangan manis rakyat Malaysia, antaranya yang terbaru dengan menyewa bas bagi membantu para pelajar pulang ke kampung dan menyewa lori tangki air untuk membantu penduduk Selangor yang keputusan bekalan air.

Semoga lebih ramai hartawan dan dermawan Malaysia sama-sama turun padang meringankan beban para petugas hadapan serta rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. InsyaAllah dengan izin-Nya, dunia akan kembali sembuh dan semua dugaan ini akan berakhir.

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI