‘Makan hati’ tengok pinggang ramping anak perempuan Rohana Jalil. Sebelum ini cuma tengok gambar Kilafairy di media sosial je. Tapi bila berpeluang bertentang mata ketika pelancaran produk minuman kesihatan miliknya, KilaFit baru-baru ini… memang kagum dengan body curve Kila!
Minuman kecantikan berperisa coklat pisang dengan kolagen dan ekstrak garcinia inilah yang dikatakan Kilafairy berjaya mengekalkan bentuk tubuh dan berat ideal dirinya. Selain selamat diminum dan berfungsi menjaga kesihatan dalaman, KilaFit turut berupaya menurunkan berat badan.
Menurut Kila, “Sebenarnya dah lama saya hendak keluarkan produk sendiri lebih-lebih lagi bila saya sendiri seorang yang suka makan tapi susah hendak turun berat badan. Sebelum ini saya pernah cuba produk lain juga tapi kesan sampingannya sangat menakutkan. Menggigil, berpeluh… sakit perut.
Saya tak nak orang lain termasuk lelaki yang ada masalah berat badan alami situasi negatif macam ini. Jadi saya terfikir untuk hasilkan satu produk yang boleh kurus tapi dalam masa sama kesihatan terjaga.
Nak buat produk macam tu kena pakai natural ingredients dan alhamdulillah, saya berjaya hasilkan. Setakat ini dah beribu-ribu unit terjual dan tiada yang mengadu alami negative side effects.
Kila sendiri ambil, tak ada rasa pening dan sebagainya. KilaFit bukan saja produk yang menjaga kesihatan tapi juga dapat mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang.”
Tegas Kila lagi, memandangkan dirinya jarang berkunjung ke gymnasium ketika ini akibat kekangan masa tapi berat badan masih terkawal sejak dia mengamalkan KilaFit. Namun untuk kesan lebih cepat… Kila menyarankan pengguna yang sering ke gim untuk turut mengambil minuman ini.
Jika kebanyakan wanita lebih selesa merahsiakan berat badan… Kila tampil berani menyatakan berat terkininya ketika diusik pertanyaan tersebut. “Badan Kila tak pernah lebih 49 kg. Tapi kalau dah sampai 50 kg lebih… memang saya dah ‘gabra’, tak ambil gambar dan duduk rumah je.
Sebab tu tak ada gambar yang nampak saya naik berat badan sebab tak ambil gambar. Cuma ada satu je saya ada post di IG dulu. Alhamdulillah, sekarang ni dah dapat ideal weight sekitar 46 ke 47 kg.”
Aktres yang cukup sinonim dengan pinggang bak kerengga ini juga tanpa berselindung menyatakan ukuran pinggang terkini. “Sekarang ukuran pinggang 23 inci. Rahsia? Tentulah KilaFit.” Melihat reaksi tetamu dan rakan media yang hadir pada pelancaran KilaFit tersebut tatkala dia menyatakan ukuran pinggang, sambil berseloroh Kila berkata, “Muda lagi… belum kahwin.”
Ditanya tentang tanggapan dan komen nakal netizen yang menganggap dirinya ‘edit’ gambar sebelum memuatnaik di media sosial agar nampak ramping dan kecil, ini jawapan padu Kila. “Janganlah fitnah. Fitnah tu dosa lebih teruk daripada membunuh!”
Kredit foto: Instagram Kilafairy