Kalau tak meriah bukan Che Ta la kan ampa. Pakai baju bling-bling, ropol-ropol memang dah ‘trademark’ aktres jelita bernama Rozita Che Wan ini.
Baru-baru ini ‘kecoh’ di ruangan komen Instagram Che Ta bila ramai yang teruja melihat Che Ta bergambar di tengah-tengah bendang dengan memakai caftan dress ropol-ropol ketika pulang ke kampung di Kedah bersama keluarga.
Che Ta turut berkongsi video pendek di akaun TikTok. Kelihatan suami, anak-anak, adik beradik serta ipar duainya turut serta.
Tak ketinggalan, Che Ta turut berkunjung ke rumah abang sulungnya di Tokai, Kedah. Katanya, lama tak balik ke Tokai.
“Mai beqaya (beraya) kat qumah (rumah) abang kami Firdaus Che Wan (anak mak no.1) kami anak no.4 di Tokai, Kedah.
“Lama tak balik Tokai. Dulu dari umuq (umur) 6 tahun sampai darjah 6 kami sekolah kat Tokai ni lah..
“La jaqang (jarang) dah balik. Mai qumah abang kami ni paling best selain view cantik, makan paling sedap la, bini dia orang Siam.
“Kalau balik KL memang teqingat2 (teringat-ingat) la masakan kak ipaq kami,” tulis Che Ta.
Walaupun sekarang ni musim panas lit lit tapi Che Ta nampak sangat tenang dan happy
bergambar di tengah sawah berlatarkan suasana kampung.Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjaga penampilan, Nona yakin yang Che Ta semestinya bijak memilih pakaian yang sesuai dengan keadaan. Dress rona lembut yang dipakai Che Ta di tengah bendang itu berfabrik ringan dan tidak tebal. Sangat flowy kala di tiup angin.
Hantaran di Instagram Che Ta itu telah meraih perhatian ramai dan pelbagai komen yang melucukan.
Ada juga yang berpesan agar Che Ta hati-hati dengan musim panas, risiko diserang strok haba.
Apa pun, salute
pada Che Ta kerana tetap tak lupa asal usul dan sentiasa merendah diri. Jauh dari dunia glamor, Che Ta kelihatan sangat gembira bila dapat bertemu sanak saudaranya di kampung.Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.