Jika Ilhan Omar berjaya mencipta sejarah selaku Anggota Kongres Wanita Pertama Amerika Syarikat yang beragama Islam, Halima Aden pula mengangkat martabat wanita Muslim di peringkat antarabangsa dalam bidang fesyen dan peragaan.
Kalau sebelum ini masyarakat dunia agak skeptikal menerima wanita berhijab kini penampilan dua ikon hebat ini semakin diterima baik dan menjadi inspirasi ramai wanita.
Dilahirkan pada 19 September 1997, Halima Aden merupakan aktivis dan model terkemuka kelahiran Amerika-Somalia. Meskipun baru ‘terjun’ ke dunia peragaan dan fesyen, wanita cantik ini sudah pun meraih pelbagai pencapaian membanggakan.
Secara tidak langsung, penglibatan Halima dalam bidang glamor ini membuka mata penduduk dunia mengenai kemampuan wanita Islam.
Credit Instagram @halimaCredit Instagram @halimaCredit Instagram @halima / Bersama pereka fesyen terkenal, Tommy HilfigerCredit Instagram @halima / Di samping Gigi Hadid
Di kota fesyen terkenal seperti New York, London dan Milan, Halima dikenali peminat fesyen kerana penampilannya yang unik ketika menggayakan hijab, headwrap dan turban. Lebih-lebih lagi tatkala berjalan di pentas peragaan.
Ads
Sering menghiasi muka depan majalah fesyen popular, pertunjukan fesyen berprestij dan kempen jenama mewah, Halima juga tidak terlepas menjadi buruan agensi model antarabangsa.
Halima pernah menjadi salah seorang ahli IMG Models yang membariskan model terkenal seperti Bella Hadid, Gigi Hadid, Gisele Bunchen, Miranda Kerr, Hailey Bieber, Karlie Kloss dan Kate Moss.
Mengimbas kembali perjalanan karier Halima, auranya mula bersinar sejak dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota pada tahun 2016. Waktu itu, Halima merupakan satu-satunya peserta yang mengenakan hijab dan layak ke peringkat semi final.
Ads
Credit Instagram @halima / Ketika kecilCredit Instagram @halima / Zaman high schoolCredit Instagram @halima / Bersama ibu tersayangCredit Instagram @halimaCredit Instagram @halima
Kongsi Halima, dia sudah mula mengenakan kerudung kepala sejak kecil dan meminta tudung sendiri daripada ibunya ketika baru berumur lapan tahun.
Lebih membanggakan, Halima ialah wanita hijab pertama yang menghiasi muka depan majalah British Vogue sekaligus membuktikan kepada dunia bahawa wanita berhijab sepertinya masih punya tempat dalam peragaan fesyen mewah!
Tiga tahun kemudian, Halima sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Muslim pertama memperagakan burkini untuk Sports Illustrated Swimsuit.
Ads
Gadis yang memiliki ketinggian 5 kaki 5 inci ini juga tanpa berselindung menjelaskan dia dikelilingi dengan wanita berhijab sejak dari kecil lagi dan jatuh cinta dengan penampilan seumpama itu hingga membuatkan dia tertarik untuk turut sama mengenakan tudung.
Halima juga menegaskan memakai hijab adalah pilihannya sendiri dan bukan dibuat atas desakan sesiapa.
Sedar setiap gerak-geri dan penampilannya menjadi ilham kepada wanita hijab lain, Halima sentiasa menunjukkan teladan baik kepada peminat tidak kira dalam bidang fesyen, kemanusiaan mahupun selaku wanita Islam.
Sumber: Stars Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Solekan yang cantik pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Namun, untuk mendapatan hasil solekan yang sempurna dan menawan, beberapa perkara perlu dilakukan sebelum anda memulakan solekan.
Selain itu, kaedah sebelum bersolek penting bagi memastikan wajah anda terhindar dari kotoran yang boleh menyebabkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan pelbagai lagi yang tidak diingini. Malahan juga, solekan anda kekal cantik di wajah sepanjang hari.Jom kita lihat perkara yang perlu dilakukan sebelum bersolek!
1. Pertama sekali, cuci wajah menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Indahnya majlis resepsi pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri di London! Berkongsi momen istimewa tersebut di media sosial, rata-rata followers dan warga maya yang mengikuti perkembangan wanita berjaya ini terpesona dengan keindahan majlis berkenaan.
Apa tidaknya, cukup eksklusif dan berlatarkan kehijauan alam yang mendamaikan.
Mengamati foto yang dimuat naik Dr Amalina tersebut seolah-olah menonton detik perkahwinan yang kebiasaannya diadakan di sana.
Difahamkan majlis berkenaan hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pasangan. Lebih indah, anak perempuan mereka iaitu Arabella Mia turut menyaksikan momen indah itu.
Berjalan melewati tetamu yang hadir, Dr Amalina yang mengenakan busana Rizman Ruzaini Bridal Couture turut ditemani ibu tersayang, Zurinah Hassan ketika menuju ke suami tercinta sambil memegang sejambak bunga putih.
“It was such a pleasure to be able to celebrate our wedding with our family and close friends in the UK 🇬🇧 last month. My mum even recited a poem in Malay by Zurinah Hassan (Satu Cerita Cinta) and my mother-in-law read extracts taken from ‘The Boy, The Mole, The Fox and The Horse’ by Charlie Mackesy.
We all then sang along to All You Need Is Love by John Lennon and Paul McCartney. Beautiful weather, beautiful garden and beautiful people. What an amazing day.”
Mei lepas, pasangan ini mengadakan majlis resepsi di Malaysia dan memilih persalinan tradisi yang eksklusif.
Dr Amalina Che Bakri sah bergelar isteri kepada jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac 2021.
Dia berkahwin dengan Alexander Charles dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Arabella Mia.
Dalam sekian banyak himpunan produk penjagaan wajah di pasaran, cuma minoriti yang benar-benar menjanjikan kesan terbaik seperti diharapkan. Umpamanya 2 krim terbaharu ini daripada AHC dan Fenty Skin.
Menjaga kecantikan berkait rapat dengan soal kesihatan kulit. Dengan memahami konsep dan sains di sebalik bahan-bahan yang digunakan, barulah sesuatu produk itu dijamin kesannya.
Berasaskan ilmu sains dan penyelidikan pakar terhadap kulit kita, Nona berkongsi 2 pilihan krim terbaik yang mesti anda gunakan setiap hari untuk mencegah kesan penuaan.
(a) AHC Age Defense Real Eye Cream (RM83)
Krim dua dalam satu untuk bahagian mata dan wajah anda. AHC yang merupakan jenama penjagaan kulit aestetik Korea Nombor 1 di pasaran memperkenalkan inovasi terbaharu ini dengan bukti klinikal menambah baik 7 jenis kedutan dalam masa 7 hari.
Rahsianya? Ia bekerja serta-merta dengan membekalkan lembapan sehingga 124% dan memperbaiki elastisiti kulit sehingga 14% selepas penggunaan pertama. Ajaib bukan?
Bangkit dari tidur dengan kulit lembut gebu, lebih muda dan bermaya dari sebelumnya! Krim malam Fenty Skin Instant Reset Overnight Recovery Gel-Cream ini merupakan krim pemulihan terhebat untuk melembapkan wajah tanpa rasa melekit.
Ia diperkaya dengan pelbagai ramuan terbaik untuk mengurangkan tompok gelap, menyekatakan tona kulit, mengurangkan minyak dan menyamarkan liang pori yang besar. Krim ini juga kaya dengan antioksidan yang bagus untuk kulit kita!
Kedua-dua krim ajaib ini merupakan keperluan baru untuk wanita yang tercari-cari solusi anti-penuaan kulit. Kesannya dijamin setanding dengan harga yang ditawarkan, dihasilkan oleh pakar di makmal dan dipercayai memberi keputusan optimum yang diharapkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri ...