Perasaan bergelar ibu memang sukar diungkap dengan kata-kata. Melalui proses mengandung selama 9 bulan, kadang diuji dengan morning sickness atau darah tinggi menduga ketabahan seorang wanita yang bakal bergelar ibu. Namun, ‘tugas’ seorang ibu tidak terhenti selepas anak itu lahir, malah berterusan sehingga dewasa.
Walaupun begitu, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya memang tidak berbelah bahagi. Tiada insan lain yang boleh menandingi rasa sayang ibu terhadap anaknya. Ini yang sedang dilalui oleh selebriti cantik, Farah Nabilah. Pelakon drama Titian Cinta ini telah menzahirkan rasa sayangnya terhadap anak sulungnya, Andre Omar bin Mohamed Amirul melalui laman media sosialnya.
“Dre dah 3 bulan and I realized that dah 3 bulan tak kisah pasal diri sendiri. I focused on my son 24/7. I guess it’s because it’s my firstborn, I got attached.
I love being a mother, I don’t feel like it’s a chore or a burden but with that being said, still.. it’s not easy, it’s still a tough job. You’ll lose yourself and you’ll learn to lower your expectations about what you can accomplish in a day. Some days it will be all you can do to keep your baby safe, warm, fed and loved. I think, that’s more than enough
, kan?” coret isteri kepada juruterbang, Mohamed Amirul Yunus ini.Tambah pelakon wanita yang berusia 28 tahun ini, “Now I finally, TRULY understand why syurga dekat bawah tapak kaki ibu. (Kalau tau ni dari kecik tak sanggup nak derhaka dekat Umi),” tulis Farah Nabilah sambil bergurau.
Farah dan suaminya telah diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara dan melahirkan Andre pada 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442.
*PKP 2.0 masih berbaki 3 hari jika tak bersambung, sempena PKP, kalau beli-belah di sini penghantaran adalah percuma.
This website uses cookies.