Tak Hormati Tempoh Iddah, YUSOF HASLAM ‘Back-Up’ Penampilan Terkini Puteri Sarah “Dia Perlu Kerja, Cari Rezeki..”

Sejak sudah sah bercerai dengan Syamsul Yusof, penampilan Puteri Sarah dilihat makin cantik dan menawan.

Walaupun dirinya masih lagi di dalam tempoh Iddah, namun Puteri Sarah dilhat semakin ligat meluaskan kariernya sehingga khabarnya sudah menerima tawaran berlakon di Indonesia.

Namun, entah dari mana ada pula yang tak senang duduk melihat ibu kepada dua orang cahaya mata ini yang dilihat cukup sibuk menerima undangan berlakon, apatah lagi Puteri Sarah diumumkan tercalon dalam Top 5 ABPH baru-baru ini.

Turut memberikan respon akan dakwaan tersebut ialah bekas ayah mertuanya, siapa lagi kalau bukan Datuk Yusof Haslam yang tampil mempertahankan tindakan bekas menantunya.

“Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita.Tidak semestinya dalam iddah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab.Dan, harus faham Sarah bekerja untuk mencari rezeki,” katanya.

Sebelum ini, penampilan Sarah menjadi perhatian warganet apabila dia dilihat kerap berkongsi fotonya di Instagram sehinggakan ada warga maya yang memberikan komen pedas bahawa aktres itu tidak menghormati tempoh iddahnya.

Dan baru baru ini, Puteri Sarah turut memaklumkan menegaskan tindakannya menarik dan menyelesaikan saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar di luar mahkamah bukan bermaksud dirinya tewas dalam perjuangan.

Katanya, tindakan tersebut adalah bagi memastikan kesihatan mentalnya tidak terjejas selain ingin merasai kebebasan serta kebahagian bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus