Tak Jemu Memandang! Warisi Kejelitaan Mendiang Sridevi, Keanggunan JANHVI KAPOOR Raih Perhatian Ramai!

Suatu ketika dahulu, berita kematian pelakon legenda Bollywood Sridevi mengejutkan dunia. Manakan tidaknya, kematianya masih diselebungi misteri selepas beliau disahkan mati akibat lemas di dalam tab mandi biliknya hotelnya di Dubai sewaktu menghadiri perkahwinan anak saudaranya di sana.

Sridevi yang maut pada 24 Februari 2018 meninggalkan suaminya, Boney Kapoor dan dua anak perempuan yang sudah meningkat dewasa, iaitu Janhvi Kapoor dan adiknya Khushi Kapoor terus menjadi perhatian lensa media dek kejelitaan mereka yang dikatakan mewarisi paras jelita mendiang pelakon legenda tersebut.

Menjadi buruan paparazzi yang sentiasa mahu merakam gerak geri mereka, lebih-lebih lagi Janhvi yang wajahnya saling tak tumpah dengan ibu tercinta mereka yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan antara wanita paling cantik di dunia. Jadi tak hairanlah Janhvi mengikut jejak langkah ibunya menceburi bidang lakonan.

Mengikuti jejak langkah ibu dan bapanya, Janhvi yang kini berusia 26 tahun tampil menerusi debut pertama berjudul Dhadak bersama Ishaan Khattar pada Julai 2018. Namun kemunculan Jahnvi diragui dan dipersenda memandangkan dia adalah anak kepada pelakon legenda terkenal, seterusnya menyebabkan kehadiranya dalam bidang lakonan dikritik dan dipersoal, walaupun memperoleh Anugerah Zee Cine untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik.

Namun tidak bersandarkan rupa paras menawan semata-mata, Janhvi sememangnya memiliki darah seni yang mengalir dan giat membuktikan dirinya layak berada dalam industri, apatah lagi Janhvi terlebih dahulu mendapatkan kemahiran lakonan di Institut Lee Strasberg Theatre & Film, Los Angeles. Dan selepas itu, Janhvi mula meraih perhatian penerbit dan pengarah filem Bollywood dan ditawarkan beberapa buah naskah habat; antaranya Gunjan Saxena, Dostana 2, dan Mili.

Menurut sumber, Janhvi Kapoor juga sememangnya seorang yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Melihat pada kondisi kulit wajahnya yang mulus dan bersih, dia sentiasa mahu wajahnya segar dan bernafas, serta mengekalkan kulit yang sihat iaitu dengan mengamalkan diet buah-buahan. Apa sahaja sisa (buah-buahan) yang dimakan ketika sarapan, akan ditukarkan menjadi masker wajah.

Selain kulit, Jahnvi juga sangat ‘particular’ dengan rambutnya. Bagi mengekalkan alunan rambut yang lebat dan bersinar, Jahnvi mengamalkan petua membuat minyak di rumah dengan bahan-bahan seperti bunga kering dan amla. Betullah kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan!

Sumber: 1, 2

Foto: Instagram @jahnvikapoor

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

Share
Published by
Wan Firdaus