Tak Jemu Tengok Penyanyi 80an DATIN AZIE Ni, Masih CANTIK Walau Berusia 56 Tahun

Ketika membelek laman Instagram Scha AlYahya tiba-tiba mata tertumpu dengan posting bersama pakciknya, Datuk Syed Sobrie Syed Kechik. Datuk Syed Sobrie merupakan penyanyi yang terkenal dengan lagu evergreen Cinta Yang Terhumban. Kelihatan Datuk Syed Sobrie tetap kacak seperti zaman kegemilanganya dahulu.

Foto: Instagram @schaalyahya

Bila tersebut nama Datuk Syed Sobrie secara tidak langsung pasti terlintas di fikiran tentang isterinya yang jelita dan juga seorang penyanyi terkenal sekitar era zaman 80an, Datin Azie.

Foto: Instagram @syedsobrie_dss

Rupa-rupanya Datin Azie ataupun nama sebenarnya Nor Aziah Sidek kini sudah pun berusia 56 tahun. Namun, wajah ayunya masih kekal seperti dahulu.

Foto: Instagram @syedsobrie_dss

Daripada paparan gambar Datin Azie yang pernah popular dengan lagu Mengharapkan Cintamu sekiar tahun 80an ini benar-benar awet muda. Agaknya apa lah petua yang diamalkan. Lagi 4 tahun nak memasuki usia 60 tahun tetapi tetap cantik dan tak jemu mata memandang.

Foto: Instagram @syedsobrie_dss

Dahulu Datin Azie bersama suaminya, Datuk Syed Sobrie Syed Kechik, 57 tahun, merupakan pasangan penyanyi yang kerap muncul membuat persembahan di kaca televisyen.

Foto: Instagram @syedsobrie_dss

Dalam diam pasangan sama cantik sama padan ini mempunyai 6 orang anak yang sudah dewasa. Malah pasangan ini juga sudah mempunyai dua orang cucu yang sangat comel. Dah dapat ‘gelaran’ nenek rupanya Datin Azie ni.

Foto: Instagram @syedsobrie_dss

 

Foto: www.urtv.com.my

 

Foto: Instagram @syedsobrie_dss

 

Foto: Instagram @syedsobrie_dss

 

Foto: Instagram @syedsobrie_dss

 

Foto: Instagram @syedsobrie_dss
Share
Published by
Hamizatul Maizan