Siapa yang tak kenal dengan aktor, Azhan Rani yang cukup terkenal dengan lakonannya yang mantap dalam setiap drama mahupun filem.
Setiap watak yang dilakonkan memang ‘hidup’ dan sampai ke jiwa penonton, lebih-lebih lagi bila dia memegang watak antagonis.
Namun realitinya, siapa sangka Azhan Rani seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab.
Sejak pemergian arwah bapa, Abdul Rani Sabri pada 2016, Azhan Rani yang kini berusia 47 tahun dan masih bujang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ibu tercinta, Salmah Budin.
Dia juga kini komited dengan karier seninya yang sedang berada di puncak.
Pemilik nama penuh, Azhan Abdul Rani kelahiran Selangor ini juga sering berkongsi foto serta momen-momen manis bersama ibunya itu di media sosial.
Terserlah keakraban dan kasih sayang seorang anak terhadap ibu!
Ramai yang kagum dan tersentuh melihat layanan Azhan Rani terhadap ratu hatinya itu yang kini sudah mencecah usia 77 tahun.
Malah, mereka turut memuji kebaikan Azhan Rani terhadap ibunya itu dan dianggap sebagai seorang anak yang soleh.
Untuk info, Azhan Rani memulakan karier awalnya dalam bidang lakonan menerusi teater dan drama radio. Dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Kubu, Bharu, Azhan Rani merupakan anak ke-4 daripada lima adik beradik.
Salah satu lakonannya yang berjaya mencetuskan fenomena ialah sebagai Ustaz Hamadi dalam drama bersiri Nur bergandingan dengan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.
Semoga Azhan Rani terus dapat berbakti dan membahagiakan ibunya seterusnya menjadi asbab rezekinya sentiasa melimpah ruah.
Kredit Foto: Instagram Azhan Rani
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.