Musim-musim Aidilfitri nanti, tak kalut tetamu datang nak beraya kalau jamu hidangan M&S yang cepat dan sedap luar biasa.

Kemeriahan santapan raya kian terasa apabila hidangan segera daripada Marks & Spencer (M&S) ini tersedia. Tinggal bancuh dan tambahkan lauk-pauk yang diingini, siap!

Sempena raya ini, Marks & Spencer (M&S) menyambut semangat perayaan dengan rangkaian eksklusif fesyen yang bergaya namun sopan, hamper yang penuh makna, serta hidangan lazat—dicipta untuk menyatukan seluruh keluarga dengan gaya yang mempesona.

Boleh buat stok sekarang sebagai persediaan kalau tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah. Nak jadikan sarapan atau hidangan isi perut pun sesuai sangat.

Ads
Tak Kalut Tetamu Datang Nak Beraya, Jamu Hidangan M&S Cepat & Sedap Luar Biasa
Marks & Spencer Malaysia

Jadi raikan raya dengan gabungan padu antara kemudahan dan keenakan melalui pilihan hidangan lazat serta berkualiti:

  • Sup Krim Cendawan – Sup berkrim dan kaya dengan cendawan bumi yang dimasak perlahan hingga empuk, memberikan permulaan yang hangat dan menyelerakan untuk hidangan Raya anda.
  • Sup Kacang Pea dan Pudina – Gabungan kacang pea segar dan pudina aromatic dengan crème fraîche yang lembut, menghasilkan sup ringan namun penuh rasa, membangkitkan selera dan memberi tenaga sepanjang perayaan.
  • Sup Lentil dan Tomato Berempah – Sup menyelerakan dan mengenyangkan, menggabungkan rasa kaya kacang dal dengan kehangatan tomato serta rempah aromatik.
  • Teh Uncang Strawberi and Raspberi – Pilihan ideal untuk berehat atau menyajikan minuman segar kepada tetamu, teh ini menambahkan sentuhan buah-buahan ringan pada kemeriahan Raya anda.
  • Teh Uncang Lemon and Halia – Campuran sitrus yang menyegarkan dengan kehangatan halia, teh ini memberikan ketenangan serta penutup yang melegakan untuk pertemuan bersama.
  • Kopi Kisar Colombia – Nikmati kelembutan rasa kopi kami dengan nota karamel dan blackcurrant—pilihan ideal untuk permulaan pagi yang bertenaga atau hidangan selepas makan.

Lengkapkan sambutan Raya anda dengan sajian lazat yang boleh dinikmati kala berbual mesra dan gelak tawa bersama insan tersayang.

Ads

Dengan pelbagai pilihan snek yang diperbuat dengan penuh kepakaran, jadikan Raya kali ini lebih istimewa dengan seleksi coklat, biskut, dan kudapan yang menggoda dari M&S—kini tersedia di kedai dan dalam talian.

Ads
Tak Kalut Tetamu Datang Nak Beraya, Jamu Hidangan M&S Cepat & Sedap Luar Biasa
Marks & Spencer Malaysia
  • Biskut Belgium – Pelbagai pilihan biskut mentega rangup yang cukup sempurna dinikmati bersama secawan teh hangat.
  • Pelbagai Coklat Belgium – Coklat mewah dengan tekstur berkrim yang cair dalam mulut, memberikan pengalaman rasa yang benar-benar memuaskan.
  • Cornflake Coklat Kecil – Rangup kepingan jagung bersalut coklat lazat yang menambah kelainan pada meja snek Raya—sesuai untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan dewasa.
  • Pelbagai Truffle Swiss – Koleksi truffle Swiss yang lembut dan berkrim, pasti menambahkan sentuhan istimewa pada perayaan anda.

Dengan M&S, alami gabungan sempurna antara kemudahan, gaya, dan kepelbagaian untuk sambutan Raya yang benar-benar bermakna.

M&S mempunyai 12 cawangan di Malaysia dan komited untuk menawarkan produk makanan, pakaian, dan barangan rumah premium jenama sendiri melalui platform dalam talian serta rangkaian kedai global serta menjamin pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/mewah-berjiwa-tinjau-kediaman-konsep-chinoiserie-chic-maria-tunku-sabri/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI