Sekali imbas wajahnya persis Zarina Enjoulie kan? Ya, inilah Nora Fatehi, bintang yang lahir dari Toronto, Kanada dan kini semakin menyinar di dalam industri perfileman Bollywood.
Nora yang lahir pada 6 Februari 1992 mula dikenali ramai selepas muncul membuat persembahan sewaktu acara penutup World Cup di Qatar baru-baru ini, menyanyikan lagu Light Up The Sky, meletakkan dirinya sebaris superstar Shakira dan Jennifer Lopez.
Nora sememangnya diketahui seorang wanita yang berbakat besar. Nora yang juga seorang model, penari dan penyanyi turut handal berlakon, malah pernah muncul dalam beberapa buah filem antaranya filem Bollywood seperti Roar: Tigers of Sundarbands, Baahubali: The Beginning, Kick 2, Bharat, Batla House dan Marjaavaan. Malah Nora juga seorang yang bijak dan berpendidikan, malah pernah melanjutkan pelajaran di York Universiti.
Melihat pada raut wajah dan kecantikan aslinya, padanlah Nora cukup digilai. Dikurniakan wajah persis model antarabangsa, malah susuk tubuh Nora juga sangat ramping dan kurus. Apa agaknya rahsia kecantikan Nora yang kini sudah memiliki hampir 46 juta pengikut di Instagramnya.
- Kuat Berpeluh
Nak badan fit, kenalah aktif bukan? Jika ramai selebriti banyak menghabiskan masa mendapatkan tubuh idaman di gim lain pula dengan Nora yang mengakui jarang sekali mengeluarkan peluh di gim. Nora menyebut dia tak suka berada di gim. Aktiviti mengeluarkan peluh yang digemarinya sudah semestinya menari. Nora sememangnya suka berdansa dan setiap satu sesi, dia akan pastikan tubuhnya berpeluh dengan banyak!
View this post on Instagram
- Tiada Diet
Nora juga turut mendedahkan yang dia tiada apa-apa halangan untuk makan apa saja. “Saya tidak mengamalkan sebarang diet tertentu, saya akan makan apa saja sekiranya saya mengidam sesuatu menu mahupun hidangan, tapi saya akan pastikan saya akan makan secara berpada dan always eat clean!”
- Elak Mekap Selagi Boleh
Nora juga mengakui akan mengelakkan diri dari mengenakan sebarang mekap dan solekan berlebihan jika boleh. Sekiranya Nora perlu bersiap, dia hanya akan sekadar memakai bedak muka bagi menyegarkan mukanya.
Bestkan jadi orang cantik!? ♥️
Kredit foto: Instagram @norafatehi
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***