Dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia lebih sihat dan mengamalkan pemakanan sihat, soal pengambilan hidangan berasaskan makanan laut perlu dipertingkatkan memandangkan ikan kaya dengan sumber protein, selenium, zink, iodin, Vitamin A dan D serta Omega 3.
Ads
Bagi chef terkenal Datuk Chef Wan, memasak berasaskan makanan laut seperti ikan banyak meninggalkan nostalgia buat dirinya terutamanya ketika zaman kanak-kanak. Tambahnya, membesar dalam persekitaran yang susah dan anak sulung kepada tujuh adik-beradik, sejak kecil dia sudah didedahkan dengan pelbagai ragam kehidupan untuk membantu ibu dan bapanya menambah pendapatan keluarga.
“Dari kecil saya sudah diajar untuk mencari rezeki tambahan untuk keluarga. Bayangkan, ayah hanya bekerja sebagai seorang askar berpangkat korperal dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala ibu pula merupakan seorang suri rumah. Sudah tentu pendapatan keluarga agak terhad.
Jadi, sebagai anak sulung ayah akan membawa saya memancing di kawasan lombong berdekatan kuarters dan dari situ saya belajar bagaimana memancing. Hasil tangkapan dijadikan lauk untuk kami adik-beradik.”
Selain itu, Datuk Chef Wan juga sering membantu ibunya menyediakan kuih-muih untuk dijual di dalam kaurters. Dari situlah minatnya mula didedahkan secara informal terhadap dunia masakan terutamanya makanan Melayu.
“Jika ada lebihan, ikan tersebut juga akan dibuatkan ikan masin dan dimakan pada saat-saat yang diperlukan,” ujarnya ketika ditemui di majlis santai Uncle Ali The Fishmonger yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Pada majlis tersebut, Datuk Chef Wan turut berkongsi dua menu warisan keluarganya iaitu Gulai Udang Nenas dan Ikan Bakar Portugis. Resipi gulai tersebut telah diwarisi olehnya dari 5 generasi keluarga yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam bidang masakan.
Ads
“Resipi yang saya sediakan hari ini adalah resipi keluarga yang diwarisi sejak turun-temurun lagi. Antara rahsia untuk mendapatkan hidangan gulai yang enak adalah melalui penggunaan bahan-bahan yang segar antaranya kunyit, lengkuas, buah keras, udang kering dan serbuk ketumbar.
Ads
“Saya tidak mempunyai sukatan khas dalam memasak. Sama seperti orang dulu-dulu memasak pakai campak-campak sahaja, saya juga begitu. Tetapi untuk memasak gulai, pastikan api besar digunakan untuk menaikkan bau bahan yang hendak ditumis. Pastikan jika mengisar bahan menggunakan mesin pengisar, ia akan mempunyai air dan tumislah dengan menggunakan api yang besar.
Jika menggunakan batu lesung, api yang sederhana sudah memadai dan pastikan ianya ditumis sehingga pecah minyak dan wangi. Jangan kedekut menggunakan bawang merah dalam masakan melayu kerana ia adalah antara salah satu rahsia untuk menyedapkan hidangan.”
Sebelum menamatkan proses memasak, Chef Wan turut berkongsi petua bagaimana memasak makanan berasaskan hidangan laut agar ia kekal segar dan enak ketika dinikmati.
“Untuk memasak hidangan berasaskan makanan laut, ia tidak boleh dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan manis pada makanan laut hilang. Jadi, sebagai contoh jika memasak gulai udang seperti ini, pastikan api ditutup beberapa minit sebelum dihidangkan kerana semasa proses tersebut udang masih boleh melalui proses memasak. Pastikan masa memasak makanan laut tidak terlalu lama bagi mengekalkan nutrien yang istimewa di dalamnya,” ujar Datuk Chef Wan mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita dan berbakat besar, Hannah Delisha yang mulai popular menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle yang berjaya meledakkan namanya suatu ketika dahulu, seterusnya menjadikan Hannah salah seorang dramatis dambaan penerbit dan pengarah tempatan. Dan pada tahun 2020, Hannah mengumumkan yang dia mula memakai tudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial Instagram miliknya.
Namun menerusi tembual eksklusif Hannah bersama Hlive semalam, Hannah mengakui bukan mudah untuk dirinya menepis godaan-godaan tertentu selepas dirinya membuat keputusan untuk bertudung, malah banyak cabaran yang harus ditempuhi sebagai seorang wanita seperti Hannah yang cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Malah Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch mengambil keputusan untuk tidak menghakimi selebriti wanita yang membuka tudung atau tidak lagi berhijab.
“I think at the end of the day kita semua manusia biasa. Ada masanya kita akan rasa macam iman kita kuat, ada masa macam kurang. Bagi I, ada juga rasa bila I shooting outdoors kemudian tengok bestnya tengok mereka pakai dress, dengan rambut merebang, tak panas semua. Tapi bagi saya, ini adalah keputusan yang saya buat jadi just go along with it.”
Malah Hannah sentiasa berfikiran positif dan menganggap ini satu pelajaran baru dalam kehidupannya. “Saya juga cuba untuk tidak memikirkan sangat, tapi its normal lah dan saya percaya ramai yang berhijab pasti akan rasa kan best kan kalau dapat free hair balik macam dulu.
Masa I berhijab, I ada baca komen netizen meminta I agar kekal istiqamah tapi senang untuk cakap, tapi bila you dah bertudung, nak fahami maksud istiqamah itu sangat mendalam maksudnya. You tak kan faham until you berhijab baru you akan faham..owh sebab itulah netizen komen seperti itu, kerana istiqamah itu bukannya mudah”.
Untuk rekap Hannah sudah berkahwin dengan pelakon, Imam Shah pada 18 Februari 2021 setelah 5 tahun mereka menjalin hubungan bersama.
NONA mendoakan semoga Hannah terus kuat melayari kehidupan dan kekal istiqamah dalam penampilannya. You can do this Hannah!
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkejut sungguh wanita cantik ni bila Editor Nona, Kiffy Razak tiba-tiba cakap nak bagi hadiah. Ingatkan nak bagi beg tangan LV, tapi rupa-rupanya…
Tak sanggup Joy nak basuh pinggan sampai Singapura, berderai gelak kami masa ni! Dalam pada tu, sempat jugalah dia bercerita beberapa kisah peribadinya yang dijeruk sekian lama.
Sepanjang pertemuan, barulah kami tahu dan kenal siapa diri sebenar wanita bernama Siti Arifah Mohd Amin itu. Honestly, orangnya memang sweet dan tabah dalam satu masa. Banyak sungguh pengakuannya yang menyentuh hati. Orang perempuan je faham!
Betapa di hati kecil kami, seronok melihat dia tertawa apabila diusik begitu. Sekurangnya dapatlah juga mengubat taufan yang membadai rumah tangga yang dibina.
Joy Revfa bukanlah selebriti tapi namanya viral selepas kontroversi perkahwinan keduanya dengan penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun.
Kemelut rumah tangga mereka kini masih dalam perbicaraan Mahkamah Syariah bagi menentukan perceraian Joy dengan bekas suami pertamanya sah atau tidak.
Dalam perkembangan terkini, Joy melahirkan rasa terkilan kerana wujud ramai ‘hakim’ yang mendahului hakim yang sebenar.
Kes pasangan ini akan dibicarakan semula pada 28 September nanti. Harapan Nona semoga kedua-duanya bertemu penyelesaian terbaik dan berdamai secara profesional.
Dibawakan secara up close and personal, jom ketahui cerita Joy Revfa yang selanjutnya dalam Nona Oktober 2017. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Barangkali bersyukur dengan nikmat kelahiran dan terselamat daripada bencana gempa bumi di Lombok pada Ahad lepas, wanita bernama Sri Handayani berusia 38 tahun ini mencuri tumpuan negara serantau apabila menamakan bayi lelakinya Muhammad Gempa Rizki. Memang kedengaran unik.. pastinya setiap kali memanggil dan memandang ke arah anak kecil itu, Handayani akan mengingati kejadian yang melanda Lombok Utara, Indonesia tersebut.
Menerusi tweet Indonesia Red Cross (Palang Merah), ibu bayi berkenaan selamat melahirkan bayi lelaki cukup sifat itu pada awal pagi Isnin di Pusat Komando Kecamatan Bayan, Lombok Utara.
“Di balik musibah yang melanda Lombok ternyata ada berkah yang tak terkira bagi Ibu Sri Handayani (38). Beliau melahirkan bayi yang sihat dan menggemaskan di posko Kecamatan Bayan, Lombok Utara pukul 5 pagi tadi (6/8/2018). Bayinya diberi nama Muhammad Gempa Rizki. Semoga sihat selalu.”
Menurut laporan Badan Meterologi, Klimatologi dan Geofisika INdonesia (BMKG) sebanyak 124 gempa susulan bermagnitud rendah direkodkan berlaku sehingga pukul 6 pagi Isnin lalu.
Gempa kuat yang berukuran 6.9 skala richter pada Ahad mengorbankan sekurang-kurangnya 98 nyawa setakat ini. Sementara itu, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia pula berkata jumlah tersebut mungkin meningkat apabila serpihan daripada lebih 13, 000 rumah yang musnah telah dibersihkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...