Memang layak Erra Fazira diangkat sebagai ratu. Mana tidaknya, usia mencecah 50 tahun pun masih kelihatan cantik jelita! 9 Februari lalu merupakan ulang tahun kelahiran ratu cantik Miss World Malaysia 1992 ini.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek antara selebriti wanita tanah air yang menjadi pujaan ramai kerana keperibadian yang dimiliki. Malah Erra juga sentiasa ramah melayan peminat dan tak lokek senyuman.
Barangkali kerana sikap positif dan ceria Erra itulah yang membuatkan dia sentiasa nampak awet muda dan menawan pada pandangan khalayak.
Bersempena hari lahir ke-50 baru-baru ini, primadona tersebut diraikan penuh meriah kenalan rapat dan peminat. Meskipun berstatus selebriti, Erra tetap tampil ringkas dengan berkemeja biru dan tudung rona senada.
Turut kelihatan meraikan ulang tahun kelahiran Erra ialah puteri kesayangan, Engku Aleesya.
Ujar Erra, “MasyaAllah TabarakAllah wahai kalian yang dekat dalam hidup ini. Clips ini sangat menyentuh hati. Saya bersyukur dihadirkan insan-insan yang sangat prihatin dan penyayang seperti kalian.
Ads
Mungkin saya tidak sekuat ini andai mereka tidak bersama. Terima kasih sahabat, terima kasih keluarga Bersama Erra dan teman-teman semua. Saya tahu tidak semua ada dalam clips ini tapi saya tahu mereka selalu dihati.
Saya menyayangi kalian kerana Allah Taala. Moga silaturahim terus berkekalan hingga ke jannah. Aamiin.
Terima kasih di atas ingatan, doa-doa yang dititip dan ada juga yang mengirim hadiah-hadiah buat saya. MasyaAllah terima kasih tak terhingga!! Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan Rahmat dan LindunganNya. Love You All!”
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra Fazira ketika dia menjadi penghias Nona Oktober 2018, dia yang merupakan wanita berdikari dan berstatus ibu tunggal tak mahu menjadikan ia halangan mengejar impian.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah.
Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar selebriti apa yang dipaparkan mungkin tak seindah apa yang dibayangkan. Kita sering melihat selebriti tampil cantik dan bergaya sempurna di khalayak umum.
Namun, disebalik ‘kesempurnaan’ itu mereka juga manusia biasa yang mengalami masalah kulit, sama seperti hijabi diluar sana.
Justeru, NONA berkesempatan bertanyakan tip dan rahsia kecantikan kulit wajah aktres jelita Elfira Loy. Siapa sangka ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai masalah kulit. Ini perkongsian Elfira Loy tentang bagaimana dia menangani masalah kulit yang dihadapinya!
“Dekat Luar, Walaupun Nampak Macam Bersolek. El Cuma Gunakan Concealer Tiada Foundation,” – Elfira Loy
Ketika ditanya apakah nasihat EL untuk para wanita, El berkata jika mahukan kulit yang sihat dan cantik, ini respon yang diberikan.
“Tak pernah terlambat untuk mulakan! Lagi kita menjaga kulit, lagi banyak perkara yang akan kita pelajari tentang kulit kita. Jadi kita akan tahu produk yang bagaimana yang sesuai untuk kulit dan atasi masalah kulit kita.
“Selalunya dekat luar, walaupun nampak macam El mengenakan solekan. Tetapi El cuma gunakan concealer tiada foundation sahaja. Sebab sekarang ini, El sedang menjaga kulit El dengan lebih baik, daripada mengenakan solekan,” ujarnya.
“Macam El, El akan selalu bercakap perkara-perkara positif dengan kulit El. Contohnya macam, selamat pagi kulit ini untuk pudarkan cela, tolonglah berkesan!,” seloroh Elfira.
Cara Elfira Loy Tangani Masalah Kulitnya!
“Masalah kulit yang El hadapi adalah kulit sensitif, kulit kering dan senang dehidrasi. Bila El buat analisa kulit El baru tau yang El ada banyak bintik hitam pada kulit, walaupun kalau tengok depan-depan memang tak nampak ketara.
“Dengan masalah-masalah kulit ni, kondisi kulit El macam tak berfungsi, bila El cuba mengenakan solekan, solekan itu tak smooth dan macam tak melekat dengan baik pada permukaan kulit,” katanya.
Sehubungan itu, El turut berkongsikan cara bagaimana dia menangani masalah kulit yang dimilikinya dengan melakukan ‘Exfoliation’. Menurut El cara ini sangat lembut dan tidak merengsakan kulitnya.
“Selalunya jika El gunakan exfoliator ada bahagian muka terutamanya di bahagian bawah mata yang akan bertukar merah. El tak pasti samada ini berlaku kerana ini adalah bahagian kulit yang paling sensitif.
Kulit yang cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Min setuju apa yang El katakan ‘better late than never’
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Macam anak daralah! Lama tak nampak kemunculan Erin Malek dalam drama atau filem tempatan. Teringat lagi lakonan Erin sewaktu membintangi filem kanak-kanak Tentang Bulan. Rasanya masa tu dia baru berusia belasan tahun. Dari zaman anak dara, sampailah sudah berumah tangga nampak makin cantik berseri.
Walau sudah berkahwin… body maintain langsing. Hakikatnya, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek ini sudah lima tahun bergelar mak. Ada dua orang anak pula tu! 15 Julai lalu merupakan ulang tahun kelahiran ke-26 Erin Malek.
Berkahwin dengan jejaka pilihan yang juga anak kepada usahawan automobil ketika usia baru mencecah 20 tahun pada tanggal 10 Oktober 2014, isteri kepada Farriz Fauzy ini selamat melahirkan anak sulung mereka setahun kemudian pada 1 Oktober 2015.
Kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz tersebut nyata menyentuh emosi ibu muda ini kerana dia sepatutnya melahirkan sepasang kembar namun takdir Allah, hanya Mohamed Faliq selamat dilahirkan.
Dua tahun kemudian, pasangan suami isteri ini kembali dikurniakan rezeki anak perempuan yang kini berusia tiga tahun. Diberi nama Nur Aisha Mohamed Farriz, anak pasangan romantis ini dilahirkan pada 10 Februari 2017. Alhamdulillah, dah sepasang dah anak Erin dan Farriz.
10 Oktober lepas, genap enam tahun pasangan ini melayari bahtera perkahwinan sebagai suami isteri. Teringat lagi perkahwinan gilang-gemilang mereka yang menjadi bualan ramai ketika itu. Pada majlis akad nikah, Erin tampil memukau dalam persalinan tradisi rona biru lembut.
Menzahirkan rasa syukur atas kebahagiaan hidup berumah tangga bersama Farriz, jelitawan ini menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta. “6 years of marriage with 2 beautiful kids. Happy anniversary to us Farriz Fauzy! Thank you for being the greatest husband and papa to our kids. Love you sayangku.”
Sejak berstatus isteri dan mak orang, Erin memperlahankan aktiviti seninya dan agak jarang muncul di majlis-majlis hiburan mahupun kaca TV. Fokusnya kini lebih tertumpu kepada keluarga dan menguruskan dua orang anak.
Pun begitu, kelibat Erin Malek tetap menjadi perhatian dan sumber inspirasi peminat khususnya kaum wanita kerana mampu sentiasa tampil cantik dan bergaya walaupun ada dua anak yang masih kecil. Meskipun kedua-dua anak masih kecil, namun Erin dan suami akan tetap bawa anak-anak pergi bercuti bersama.
Berbicara tentang penampilan wanita jelita ini pula Erin mendedahkan dia ambil keputusan untuk berhijrah dan tampil berhijab pada tahun 2016 selepas hasrat ingin memakai tudung disokong suami tercinta dan keluarga tersayang. Memang terserlah keayuan Erin Malek sejak bertudung!
Kredit: Instagram Erin Malek
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Solekan yang cantik pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Namun, untuk mendapatan hasil solekan yang sempurna dan menawan, beberapa perkara perlu dilakukan sebelum anda memulakan solekan.
Selain itu, kaedah sebelum bersolek penting bagi memastikan wajah anda terhindar dari kotoran yang boleh menyebabkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan pelbagai lagi yang tidak diingini. Malahan juga, solekan anda kekal cantik di wajah sepanjang hari.Jom kita lihat perkara yang perlu dilakukan sebelum bersolek!
1. Pertama sekali, cuci wajah menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki aktres Hollywood ini pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran 'Orang Tercantik Di Dunia' oleh Majalah People.