Setiap wanita pasti mendambakan badan yang langsing dan ideal. Namun, tidak kurang juga ada yang malas untuk berdiet kerana prosesnya yang begitu sukar serta memerlukan waktu yang lama untuk mendapat hasil yang diinginkan. Jika anda salah seorangnya, cuba lakukan cara ini. Lebih selamat tanpa perlu makan produk langsing yang boleh memudaratkan.
JANGAN LEWAT BERSARAPAN
Jangan terpengaruh dengan kata-kata ‘Kalau nak kurus jangan makan pagi’. Ini adalah salah! Sarapan umpama bahan bakar bagi mendapatkan tenaga. Jika waktu makan anda tidak teratur terutama sarapan kemungkinan besar anda akan merasa lebih lapar dan akhirnya makan berlebihan. Berat badan semakin tidak terkawal.
MINUM AIR PUTIH SEBELUM MAKAN
Air putih membantu dari segi kesihatan dan menjaga berat badan. Minum air putih sebelum makan lebih efektif bagi menerbitkan rasa kenyang sebelum makanan habis, kalori yang masuk dalam badan juga tidak banyak. Berat badan akan lebih stabil malah mengalami penurunan.
ELAK MAKAN SELEPAS PUKUL 7 MALAM
Kebanyakan yang berdiet akan elak makan malam. Sebenarnya boleh saja kalau hendak makan malam tetapi pilihlah menu yang menyihatkan. Contohnya, gantikan dengan protein atau buah-buahan. Disiplinkan diri untuk tidak makan selepas pukul 7 malam.
This website uses cookies.