Tak Mahu Turun BERAT BADAN Terlalu Cepat, Ini Diet Sihat LISA SURIHANI!

Salute dengan usaha dan semangat Lisa Surihani! Mana tidaknya, suatu ketika dulu dia pernah mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak. Tapi lihatkan dirinya hari ni… lebih fit, langsing dan berseri-seri. Yang pasti, sejak dari mula lagi Lisa enggan terburu-buru mengurangkan berat badan dalam masa singkat sebaliknya isteri kepada Yusry Abdul Halim ini lebih selesa kelihatan sihat dan kurus mengikut keupayaan diri dengan cara yang selamat.

Kemunculan terbaru Lisa dalam sitkom Sepahtu Reunion baru-baru ini nyata mengundang rasa kagum di kalangan penonton dan peminatnya. Jujur berkongsi petua sihat cantik yang dipraktikkan, ini yang diamalkan Lisa selama ini.

“Lepas bersalin anak kedua pada April 2017, bulan Ogos tu baru start exercise. Sehari saya akan bersenam 1 hingga 1 jam setengah. Waktu mula-mula dulu, saya buat exercise 6 hari seminggu kemudian nampak berat badan makin turun… of course makan pun kena jaga juga.

Cara saya, saya jenis tak mahu turun berat badan terlalu cepat sebab takut bila cepat turun, cepat juga berat badan tu naik balik. Jadi apa yang saya cuba buat adalah dengan mengurangkan berat ikut kadar yang selamat dan tidak terlalu drastik untuk diri kita.

Kalau makan, saya jaga. Saya tukar ambil beras herba ponni. Ia adalah beras putih tapi mempunyai fiber tinggi. Sebagai permulaan, saya makan sekali sehari masa lunch. Lepas tu, saya cuba intermittent fasting. Ia mula dengan berpuasa selama 16 jam. Cara berpuasa tu contohnya cut of time pukul 6 petang bermaksud selepas 6 petang tu tak makan dah. Boleh minum tapi minuman yang tak bergula.

Jadi first meal adalah pada esok hari pukul 10 pagi. Lisa amalkan ini selama 4 bulan dan dalam masa sama kurangkan pengambilan gula. Setahun lepas amalkan cara ini, pada April 2018 berat badan saya turun ke 53 kg … itu adalah berat masa sebelum saya hamil anak kedua.

Sebagai pelakon, saya ambil keputusan untuk kurangkan berat sedikit lagi. Sekarang, berat badan dah 49 kg. Alhamdulillah, Yusri sangat supportive. Apa je benda yang boleh buat saya happy, dia sokong tak kiralah macam mana keadaan sekalipun dia tetap sayangkan saya. Pendek kata, apa-apa je yang buat diri saya selesa, Yusri akan support,” kongsi Lisa.

 

Foto kredit: Instagram Lisa Surihani

Share
Published by
Suzi