Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Setiap wanita mempunyai cara yang tersendiri untuk mengekalkan kecantikan agar kelihatan lebih muda daripada usia. Kagum melihat aktres Bollywood yang satu ini. Hema Malini, bukan calang-calang pelakon dan merupakan salah seorang pelakon glamor era 70an menjadi idola kepada setiap wanita yang meminatinya.
Memang wajar Hema Malini diangkat sebagai idola kerana sejak di awal penampilannya dalam industri seni dan sehingga kini wajahnya tetap jelita bak kata pepatah Inggeris, aging gracefully.
Kejelitaan yang dimiliki oleh isteri kepada pelakon terkenal Dharmendra ini dicemburui ramai.Namun, pelakon cantik ini begitu merendah diri dan berkata, “Kejelitaan ini merupakan anugerah dari Tuhan dan kita sepatutnya tidak mengabaikan anugerah yang satu ini. Menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kulit sentiasa bersih dan bebas daripada solekan,” kata Hema Malini.
Hema Malini juga tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan yang diamalkannya walau sudah menjangkau usia 71 tahun.
Minum air kosong – Rahsia kulit Hema Malini berseri adalah dengan minum air kosong dengan jumlah yang agak banyak. Air boleh membantu membuang segala toksin dalam badan dan membantu kulit terhidrasi.
Solekan – Seboleh mungkin Hema Malini cuba elak kulitnya bersolek tebal. Namun, mana mungkin kerana tugasnya sebagai seorang selebriti yang memerlukan solekan. Rahsia yang diamalkan oleh Hema Malini adalah menyapu minyak aroma ke wajah sebelum mula bersolek.
Menari – Pelakon Bollywood memang terkenal dengan seni tariannya. Kalau tak pandai berlakon sukar nak memegang watak heroin. Hema Malini merupakan trained classical dancer dan menari merupakan salah satu senaman yang dilakukan oleh pelakon ini selain melakukan aktiviti berbasikal dan yoga.
Puasa – Kehebatan berpuasa memang telah diperakui sehingga wujudnya pola diet yang digelar Intermittent Fasting. Hema Malini juga berpuasa sebagai salah satu rutin dietnya. Pelakon yang lahir pada 16 Oktober 1948 ini akan berpuasa dua kali seminggu.
Makan Malam Awal – Pelakon yang fasih bertutur bahasa Tamil ini akan mengambil hidangan makan malamnya selewat-lewatnya pukul 8.00 malam. Ibu kepada pelakon Esha Deol ini hanya mengambil hidangan yang hadam sebagai makan malamnya. Lagi satu, Hema Malini kurang mengambil hidangan berminyak dan pedas dalam makananya.
Sumber: stylecraze
This website uses cookies.