Terpaku baca pengakuan Datin Seri Zizie Izette di Instagram miliknya semalam. Iyalah, bagi seseorang yang berstatus selebriti dan ‘Datin’ mesti ramai yang beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki. Namun situasi berbeza bagi isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin ini apabila beliau tanpa berselindung mendedahkan tidak terkecuali membeli baju kelima-lima anaknya serendah harga RM10! Macam tak percaya pula, bukan?
Untuk menunjukkan beliau tidak ‘propa’, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini mengemukakan bukti tersebut di IG. Siap muat naik video lagi. Kata Datin Seri Zizie, “So guys, I just want to share with you
kedai murah yang I belikan untuk anak-anak dan pernah dipakai pun dalam post-post saya di IG sebelum ini. Ha ni lah dia, kedai di Melawati Mall level 2. Semurah RM10!!! Saya tak propa tau bila saya kata anak-ank memang ada pakai baju RM10.”Turut menyatakan hashtag ‘I love being real’ dan ‘Honesty is the best policy’… dalam video yang dikongsikan Datin Seri Zizie jelas kelihatan pembantu peribadi sambil ditemani tiga anak kesayangannya yang setia menanti di dalam stroller. Ujar pelakon berkulit putih gebu ini lagi, kedai tersebut menyediakan bermacam-macam baju kanak-kanak yang menarik dengan harga berpatutan.
Malah, memang ada di antara T-shirt dalam kedai berkenaan pernah dipakai anak Datin Seri Zizie. Kalau sudah memang cantik dan selesa, apa salahnya beli! Lagipun kanak-kanak cepat membesar dan daripada membeli baju yang mahal, ada baiknya duit yang ada digunakan untuk pendidikan atau kesihatan mereka kelak.
Sebelum ini Datin Seri Zizie pernah mencuri tumpuan peminatnya dengan kehadiran lima pembantu yang ada di samping beliau sepanjang percutian bersama anak-anak. Disifatkan sebagai seorang ibu yang suka bercuti, wanita berusia 40 tahun ini pernah melancong sampai ke Paris, Belanda, Rusia dan Sepanyol.
Ketika disapa peminat yang kagum dan sependapat dengan tindakan beliau untuk menggaji lima pembantu untuk setiap anak, ini jawapan jujur Datin Seri Zizie.
“Betul, diaorang masih kecil bawah dua tahun kecuali kakak (Jenna). Dah la time ni tengah lasak panjat berlari sana-sini. Bila dah besar sikit dah tak perlu ramai dah. Dua orang mungkin dah memadai.”
Tidak mahu menafi dan mengetepikan pertolongan maid, Datin Seri Zizie tidak malu mengaku rutin hariannya banyak dibantu oleh mereka berlima.
Tatkala ditanya bagaimana beliau dan suami mampu menggaji pembantu rumah yang ramai… Datin Seri Zizie menjawab pertanyaan tersebut dengan sopan dan bersyukur kerana diberikan rezeki lebih untuk tujuan tersebut. 1 Mac lalu, beliau selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang comel dan anak bongsu daripada lima beradik yang diberi nama Aalisa Belle Izette.
Kredit: Instagram Datin Seri Zizie Izette
This website uses cookies.