Rezeki Tuhan bagi, tak pernah salah alamat. Ketika nasib golongan artis dikatakan paling terjejas akibat pandemik COVID-19, penyanyi Min Yasmin berfikir sebaliknya.
Terkenal dengan imej turban, nama Min Yasmin sebenarnya jauh lebih popular di Filipina berbanding di negara sendiri. Kelantangan vokal dan gemersik alunan suara Min menjadi siulan di sana, lebih-lebih lagi sejak merakamkan lagu berbahasa Tagalog, Sa Iyo.
Ads
Coronavirus tidak menghentikan langkah Min. Walaupun kini pergerakan terbatas gara-gara COVID-19 termasuklah aktiviti seninya di Filipina, Min rupa-rupanya sibuk memantapkan bisnes kafe di Sabah.
Mesra dan menyenangkan seperti biasa, Min bercerita kepada Nona tentang perkembangan terbarunya. Tak sangka diam-diam ligat betul isteri komposer Julfekar Ahmad Shah ni, aktif uruskan sendiri kafe baru mereka!
Nona: Sejak PKP tempoh hari, bagaimana perjalanan kerjaya Min di Filipina?
Min Yasmin: Buat masa ni memang show di sana dah dibatalkan walau sepatutnya Min adakan mall tour di seluruh Filipina.
Memandangkan COVID-19 masih belum ada tanda redanya, kami tangguhkan dulu niat ni. Tak apalah, saya yakin pasti ada hikmah di sebalik musibah.
Nona: Aktiviti Min sekarang semenjak PKP bulan Mac lepas?
Min Yasmin: For the time being, saya dan Abang Jul ambil kesempatan ni untuk siapkan album studio solo Melayu saya, ‘World On A String’ yang melibatkan 18 buah lagu. Ia dinyanyikan secara live string.
Sambil tu, insyaAllah kami akan sambung proses renovasi ‘Min Yasmin Cafe’ yang tertangguh sebab PKP dulu. Sebenarnya kami baru je start renovation masa tu, jadi lepas ni nak sambung baliklah.
Nona: Wow, jadi tauke kafe! Dari mana terhasilnya idea tu?
Ads
Min Yasmin: Kafe saya ni terletak di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu (KK). Tempatnya betul-betul berdepan Pasar Filipina dan Pasar Kraftangan di sana. Perancangannya, since saya dan Abang Jul nak fokus untuk album di Malaysia jadi kami akan ada banyak masa di sini.
Jadi kami ambil kesempatan untuk buat kafe di Kota Kinabalu memandangkan sepatutnya pada Mac lepas akan ada penerbangan terus dari Selatan Filipina ke KK. Itu sebabnya kami nak buat di KK. Tapi dah berlaku COVID-19, flight tergendala, renovation tergendala…
Nona: Apa konsep ‘Min Yasmin Cafe’?
Min Yasmin: Lebih kepada santai dan Malaysian Authentic Food yang mana semuanya mendapat sentuhan air tangan dan stail masakan saya sendiri.
Ads
Antara menunya adalah Nasi Lemak Berlauk (rendang daging, kari ayam), Roti Jul (roti john), Ikan Bakar, Sate, Maggi Goreng, Chicken Chop, Meatballs dan banyak lagi. Juga ada desserts yang menarik!
Dari segi deko, kami tak menggunakan Interior Designer tapi semuanya idea saya dan Abang Julfekar. More into industrial style.
Nona: So mudahlah peminat jumpa Min Yasmin di kafe nanti?
Min Yasmin: InsyaAllah dengan faktor lokasi yang menjadi pusat tumpuan pelancong, sebaris dengan Le Meridien Hotel dan jalan utama di Pasar Filipina, bukan saja peminat malah para pengunjung semua boleh menjamu selera di sini.
Saya juga ada plan nak adakan sesi ‘Meet & Greet’ di kafe, sebulan atau dua bulan sekali. InsyaAllah kalau tiada halangan, kami akan terbang ke KK awal bulan Ogos ni untuk start dengan bisnes food delivery dulu sementara tunggu kafe siap renovate.
Doakan ya…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan semua rakyat Malaysia diarahkan untuk berada di kediaman masing-masing bagi membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Pihak majikan perlu membenarkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah (work from home – WFH) sepanjang tempoh tersebut.
Namun, tak semua pekerja boleh melaksanakan tugas dari rumah dan dibenarkan untuk bekerja di tempat kerja masing-masing. Jika terpaksa keluar bekerja tak perlu risau kerana masih boleh melakukan langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit COVID-19 ini.
Dr Liyana Dhamirah yang juga pernah mengacara rancangan Tanya Doktor ketika dihubungi Nona telah berkongsi tip keluar bekerja sepanjang tempoh PKP ini. “Yang masih perlu bekerja seperti diri saya sendiri, balik haruslah terus MANDI sebaik saja sampai di rumah dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko menyebarkan penyakit kepada ahli keluarga,” kata Dr Liyana.
Bagi mengekang jangkitan COVID-19, Dr Liyana turut menasihatkan agar orang ramai mengamalkan penjarakan sosial, memakai topeng muka, sentiasa membersihkan tangan dan jangan keluar rumah sekiranya tidak perlu. “So I think let me help make it clear, as it is not ‘cuti cuti berjemaah’ as this is a serious matter,” tutur Dr Liyana.
KENDURI/MAJLIS/TAHLIL
Semua jenis majlis keramaian yang melibatkan rakan atau ahli keluarga yang bukan dari keluarga rapat dan yang anda tidak pasti pergerakan hidup mereka haruslah ditunda, atau jika perlu diteruskan hanya melibatkan keluarga asasi dan sangat rapat sahaja.
TEMU JANJI KLINIK/HOSPITAL
Kebanyakan klinik sudah menunda temu janji pesakit stabil, jika tidak pasti tolong hubungi klinik tersebut. Ubat akan diteruskan sehingga temu janji akan datang, dan masih boleh diambil dari farmasi oleh ahli keluarga tidak perlu pesakit yang datang sendiri bagi mengurangkan risiko. Sekiranya masih ada temu janji di klinik atau hospital tolonglah datang dengan seorang sahaja peneman dan bukan sekeluarga. Kes-kes kecemasan masih seperti biasa.
WARGA EMAS/KANAK-KANAK
Sewajarnya hanya duduk di rumah dan tidak perlu keluar.
MEMBELI KEPERLUAN
Walaupun kedai masih dibuka, tetapi hadkan seorang atau dua orang sahaja daripada keluarga untuk pergi membeli barangan keperluan dan bukan sekeluarga.
AKTIVITI SOSIAL
Tidak patut diadakan sama sekali, makan di tempat awam juga sepatutnya tidak berlaku, kedai makan hanya patut menawarkan khidmat take away.
Diharap tiada lagi kekeliruan, kerana masih ada yang tidak pasti apa yang patut dilakukan ketika PKP ini. Duduk saja di rumah bersama keluarga anda jika tiada keperluan untuk keluar seperti di atas. Berikan lah kerjasama agar isu ini tidak berleluasa dan dapat dikawal sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan darurat lebih ketat harus dilaksanakan,” tegas Dr. Liyana mengakhiri bicara.
*Tak perlu susah-susah keluar rumah kalau nak beli barang, cari kat sini jer.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertubuh genit dengan raut wajah yang manis, bergaya pula tu..sekali imbas macam usia 20-an. Namun siapa sangka itulah kelebihan yang dimiliki oleh ibu kepada empat orang anak yang berusia 34 tahun ini. Nadia Abdul Halim atau Nard yang berketurunan Siam Pattani ini cukup bertuah kerana selain memiliki sebuah keluarga bahagia, dia juga bergelar usahawan sukses bagi jenamanya sendiri iaitu Odda KL.
Nard pernah bergelar sebagai Pengurus Projek di salah sebuah syarikat teknologi maklumat sebelum mengambil keputusan untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap bisnes dan keluarga. Dapatlah Nard melihat anak-anaknya Aush Mikael (8), Audra Marissa (6), Aoman Maleq (4) dan Aofea Maryam (9 bulan) membesar di hadapan mata. Masanya kini lebih fleksibel untuk bersama keluarga.
DUGAAN
“Cabarannya ketika melahirkan mereka secara pembedahan. Jarak usia mereka pun rapat-rapat. Doktor terpaksa melakukan pembedahan secara mid-line. Doktor juga mengesahkan dinding perut saya sudah nipis dan berisiko tinggi kalau mengandung lagi. Jika pembedahan dilakukan di tempat sama ia pasti akan memudaratkan saya.
Antara risikonya ialah kemungkinan berlakunya pelekatan organ dalaman yang sangat teruk seperti uri melekat dan dibuang rahim serta masalah-masalah kesihatan lain. Walaupun berat akhirnya saya terpaksa mengambil keputusan setelah mendengar nasihat doktor untuk mengikat saluran peranakan atau saintifiknya Bilateral tubal ligation (BTL).Cukuplah empat orang anak dalam kehidupan saya dan suami. Apa pun kami tetap bersyukur dengan anugerah terindah ini,” ungkap anak kelahiran Petaling, Jaya ini.
DIDIKAN
“Anak-anak masih kecil dan jarak umur mereka pun rapat-rapat. Maka, saya perlu menjadi seorang yang kental dari segi emosi. Saya pastikan anak-anak diberikan kasih sayang sama rata. Selalunya saya akan melayan anak-anak mengikut perangai masing-masing.
Saya dan suami juga sangat memandang berat tentang pembelajaran anak-anak. Kami menghantar mereka ke sekolah seawal usia dua tahun bagi memastikan anak-anak suka ke sekolah sekaligus dapat menyesuaikan diri. Paling mustahak ialah didikan agama dan pandai berbahasa Inggeris. Di rumah kami akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,” jelas Nard yang akan mudah menitiskan air mata jika berjauhan dari anak-anak.
FESYEN & KECANTIKAN
“Saya sukakan gaya ringkas dan minimalis. Paling penting ikut tempat dan majlis. Bertudung tak menghalang wanita untuk berfesyen asalkan tak keterlaluan. Pilihan warna juga penting bagi imej saya,” bicara Nard yang aktif menyertai konvoi ke rumah anak-anak yatim.
Kredit Foto: @nadiahalim7
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum melihat semangat juang wanita yang sudah tujuh tahun berniqab ini. Walaupun masih muda namum kejayaan milik Nurul Diana Mohd Pudzi bukan calang-calang. Memulakan perniagaan hanya bersandarkan alasan mahu menanggung kos sara hidup semasa di kolej telah menukar persepsinya dalam bidang yang penuh cabaran ini.
Wanita yang dilahirkan 28 tahun lalu ini benar-benar bersyukur dan megah dengan kejayaan miliknya kini. Menjadi pengasas produk kecantikan dan kesihatan bukan suatu angannya ketika kecil. Namun, aturan dari Yang Maha Esa adalah yang terbaik dan sebaik-baik Perancang.
“Saya bukan orang senang dan ‘degil’ untuk meneruskan pengajian di kolej. Setiap hari makan mi segera bukan suatu yang asing bagi saya ketika itu. Demi kelangsungan hidup sebagai pelajar saya perlu buat sesuatu dan timbul idea cuba menjual produk kosmetik.
Ketika itu saya langsung tak ada modal namun kuatkan hati dengan mengambil pre-order. Saya ‘jual’ di Facebook, orang order dan terus buat bayaran. Bayaran pelanggan itu saya guna untuk beli produk kemudian baharu dipos. Tak sangka dalam masa seminggu, saya dah mula ada ‘pendapatan’,” ujar wanita berkelulusan Diploma Perbankan Islam, Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor ini.
Walaupun ketika itu keuntungan yang dimiliki oleh wanita yang mesra di sapa Dian ini bukan besar, sekadar cukup untuk menampung kos sara hidupnya sebagai pelajar namun tak pernah lupa menghulurkan wang kepada mak ayah di kampung halaman. Mungkin ini yang dikatakan berkat ‘sedekah’ dengan mak ayah sendiri, rezeki akan mencurah-curah tanpa disangka-sangka.
“Saya meneruskan jualan ini sehingga ke semester akhir pengajian dan pendapatan tertinggi yang pernah saya terima mencecah RM20 ribu sebulan,” ujar ibu kepada dua orang anak ini yang gigih dan pantang menyerah.
Selepas menamatkan pengajiannya wanita ini nekad menghasilkan produk atas jenama sendiri. Bersandarkan pengalaman berniaga di atas talian maka lahirkan produk yang diberi nama Dianz. “Saya keluarkan produk topeng muka (mask).
Ketika itu topeng muka begitu popular sebagai produk penjagaan kulit. Saya mencipta kelainan sedikit dengan menghasilkan topeng muka berwarna ungu berbanding dengan topeng muka yang banyak di pasaran dengan warna putih dan hitam.
Rezeki tak pernah salah alamat, dalam masa lapan bulan saya memperoleh keuntungan mencapai RM1 juta. Jualan saya memang 100 peratus bergantung kepada Facebook semata-mata, tidak ada laman sesawang mahupun platform digital yang lain,” terang Dian yang bangga mampu berkongsi rezeki dengan membawa 13 orang ahli keluarga menunaikan umrah melalui hasil titik peluhnya sendiri.
Sehingga kini jenama Dianz menumpukan pengeluaran produk suplemen iaitu Dianz Vitamin Premium dan Dianz D’Honey Skin Booster. “Bagi memastikan pelanggan dapat menikmati hasil yang terbaik, setiap produk Dianz memiliki sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (Farmasi) dan mempunyai Sijil Halal,” kata Pengasas Dianz ini.
Tahun ini sahaja jenama Dianz berdiri megah di 50 papan iklan di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Highway). Di samping itu, Dianz juga boleh dilihat di 40 buah badan bas Rapid KL terpilih serta troli di 9 buah pasar raya besar Tesco dan Mydin yang terpilih.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin cantik berseri-seri suri hati kesayangan Datuk Latif Romly, Datin Nabila. Meniti usia 27 tahun, pendidik ini bukan saja tampil memikat. Malah bertambah bahagia sejak bergelar isteri jaguh paralimpik negara berkenaan ...