Sekali pandang macam kakak dan adik! Tapi rupa-rupanya wanita cantik ini adalah ibu kepada 3 anak perempuan berusia 10 dan 5 tahun serta seorang bayi 8 bulan. Pandai betul jaga badan, langsing persis anak dara.
Attyra Saari, usahawan wanita dari Terengganu yang berusia 29 tahun ini merupakan pengasas produk DAURA BEAUTY LEGACY. Sebelum bergelar usahawan, Attyra merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
Berikut adalah cara Attyra untuk kekal cantik dan sihat. “Selain mengamalkan produk sendiri saya juga menjaga pemakanan. Saya seorang penggemar buah-buahan. Jadi, dalam sehari tu mesti makan buah. Kalau makan nasi ‘wajib’ ada ulam. Selain itu, saya turut mengamalkan minum air kosong dan tak pernah ambil minuman berais.”
MULA BERNIAGA BERMODALKAN RM100
“Tahun 2016 saya mula berniaga dengan menjual tudung bermodalkan RM100 saja. Ketika ini saya tiada pengalaman langsung dalam berniaga, hanya minat sahaja. Inilah detik paling struggle. Stok pula bergerak perlahan. Memang sangat-sangat struggle. Namun alhamdulillah dengan rezeki berniaga, sekarang segala urusan dipermudahkan.
Kepuasan dalam berniaga ialah dapat bantu orang yang memerlukan. Saya memang suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Bukan dengan suami saja malah kepada followers, rakan-rakan dan keluarga pun saya berikan hadiah setiap kali birthday atau hari biasa. Selain itu, bila berniaga banyak waktu untuk diri sendiri dan keluarga kerana kerja tak terikat dengan sesiapa.
Nasihat saya buat yang terkesan dengan pandemik usah mudah putus asa dan tertekan. Bila kita mula berniaga harus enjoy. Cari ilmu sebanyak mungkin. Semua merasa kesannya akibat COVID-19 tapi jadikannya cabaran untuk kita berusaha lebih lagi untuk majukan perniagaan.
Guna segala platform yang ada untuk perkenalkan perniagaan kita,” kongsi Attyra yang menyifatkan suaminya adalah tulang belakang utama di sebalik jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan. Banyak lagi pengorbanan suami yang tidak terbalas.
Untuk kekal bahagia, mereka saling menjaga perasaan masing-masing agar tidak mudah merasa tertekan. Attyra juga gemar berjenaka bila berada di samping suami. Paling penting bagi Attyra ialah sentiasa mendengar nasihat dan tidak melakukan perkara yang tidak disukai suami.
Impian Attyra agar suatu hari nanti dia berpeluang untuk membawa kedua belah keluarga ke tanah suci Mekah. Semoga COVID-19 segera berlalu agar impian tersebut akan terlaksana, Insya-Allah.
Kredit Foto: Instagram @attyrasaari