Bukan hanya Hanis Zalikha, kita yang ada anak kecil ni pun turut geram dengan Bill Gates ni. Dia cipta pelbagai kemudahan dalam teknologi gajet tetapi tak benarkan anak sendiri guna gajet masa kecil.
Ramai yang pernah baca dan tahu bahawa Bill Gates sangat tegas terhadap peraturan memberikan gajet pada anak-anaknya. Lelaki terkaya di dunia ini juga telah menetapkan had usia, sebelum anak-anaknya boleh memiliki telefon pintar sendiri.
Hanis Zalikha sendiri kalau boleh memang tak nak bagi anak sulungnya, Yusof Iskandar main gajet. “Umur berapa nak bagi anak gajet? Entah. Tak nak bagi boleh tak.
Geram baca Bill Gates and other tech giants dekat Silicon Valley pun bagi anak diaorang gajet bila anak diaorang cecah 14 tahun ke atas. Padahal diorang yang cipta benda-benda camni. Tapi diaorang pun beranggapan yang gajet dan easy access to things ni sangat harmful.
Kita macam mana? Takut anak ketinggalan? Tak up-to-date? We are so clueless, kesiannya kita. Tak ada resipi atau formula yang betul-betul terbukti selamat dalam pada menyediakan anak menghadapi masa depan. Kita nak didik anak mengikut zaman, tapi berada dalam zaman yang menakutkan.
Ramai tanya what is our stand with Yusuf and gadget. Just like all parents, kita pun tengah navigate our way through it,
mula-mula try cara ni, pastu cuba cara tu pulak. Macam-macam.But for now, we only allow channels on TV. So dia tak ada pilihan nak suruh kita tukar-tukar. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan coklat Apollo terbang banyak-banyak kat angkasa.
Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ,” kongsi Hanis Zalikha.
Amalan Bill Gates
Keburukan Gajet Terhadap Anak-Anak
Semoga perkongsian Hanis Zalikha ini turut diamalkan oleh mak-mak moden supaya tidak menjadikan gajet sebagai hiburan anak-anak. Sebab selain menjejaskan kesihatan mata, lebih banyak pengaruh buruk daripada baik yang boleh menjejaskan tumbesaran si manja.
This website uses cookies.