Sebut sahaja nama Aeril Zafril dan Wawa Zainal, pasti ramai yang menggambarkan hubungan romantis suami isteri ini. Sinonim dengan video ala Hindustan, kedua-duanya nyata memiliki keserasian dan merupakan pasangan yang sama cantik sama padan!

Ads

Kian sukses bergelar usahawan, Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin yang ditemui Nona baru-baru ini melahirkan rasa syukur kerana tidak menyangka bisnes yang dibina dari kesusahan hidupnya selama ini makin berkembang.

Bukan hanya mampu memiliki sebuah wisma malah empayar Wawa Cosmetics juga berjaya melahirkan peniaga berjaya.

Tak Pandang Harta, WAWA ZAINAL Dedah Terima Cincin Kahwin RM50! Ikhlas Terima AERIL Seadanya Tak Pandang Harta, WAWA ZAINAL Dedah Terima Cincin Kahwin RM50! Ikhlas Terima AERIL Seadanya Tak Pandang Harta, WAWA ZAINAL Dedah Terima Cincin Kahwin RM50! Ikhlas Terima AERIL Seadanya Tak Pandang Harta, WAWA ZAINAL Dedah Terima Cincin Kahwin RM50! Ikhlas Terima AERIL Seadanya

Februari lepas genap 10 tahun usia perkahwinan Wawa dan Aeril. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfirahtul Azdkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri.

Mengecap bahagia di samping suami tercinta dan anak-anak, Wawa ketika ditanya rahsia kebahagiaan dengan nada tenang mendedahkan dirinya tidak melihat kebendaan sebagai satu keutamaan.

Malah mengulas barangan kemas paling mahal yang pernah diberikan Aeril kepadanya sepanjang bergelar isteri, Wawa terdiam seketika.

“Barang paling mahal, entahlah. Saya ikut suka saya je. Macam dia tanya nak ke, belilah. Macam tu. Saya tak ingatlah paling mahal apa. Paling murah saya ingat. Waktu cincin kahwin dulu. 50 ringgit,” ujarnya sambil ketawa.

Tambah Wawa lagi, “Betul, cincin kahwin Wawa terima dulu harga 50 ringgit je. Beli dekat AmCorp Mall. Wawa tak kisah dapat cincin harga 50 ringgit. Masa kahwin dulu pun kami tak buat apa-apa majlis sanding. Hanya akad nikah.”

Ads

Tak Pandang Harta, WAWA ZAINAL Dedah Terima Cincin Kahwin RM50! Ikhlas Terima AERIL Seadanya Tak Pandang Harta, WAWA ZAINAL Dedah Terima Cincin Kahwin RM50! Ikhlas Terima AERIL Seadanya Tak Pandang Harta, WAWA ZAINAL Dedah Terima Cincin Kahwin RM50! Ikhlas Terima AERIL Seadanya

Siapa sangka dari kesusahan hidup pada awal perkahwinan, mereka kini bangkit menjadi usahawan berjaya dan disegani. Meskipun Aeril mampu untuk membeli barangan mewah buat isteri tercinta sekarang namun Wawa selesa hidup bersederhana. Tegasnya, apa yang dimiliki hari ini sudah mencukupi.

Ads

“Kunci kepada rumah tangga bahagia ialah dengan buat perkara yang masing-masing suka. Maksudnya, kami suka buat benda yang mengingatkan kami kepada zaman remaja dulu-dulu, keluar berdua, tengok wayang. Iyalah kita nak kembali rasa momen yang dulu. Lagi satu, kena mengalah kalau seorang tengah ‘panas’, seorang lagi mengalah.”

Tak Pandang Harta, WAWA ZAINAL Dedah Terima Cincin Kahwin RM50! Ikhlas Terima AERIL Seadanya Tak Pandang Harta, WAWA ZAINAL Dedah Terima Cincin Kahwin RM50! Ikhlas Terima AERIL Seadanya Tak Pandang Harta, WAWA ZAINAL Dedah Terima Cincin Kahwin RM50! Ikhlas Terima AERIL Seadanya

Wawa juga menganggap suaminya seorang bapa penyayang dan penuh dengan sifat kelakar. Bahkan mereka berdua akrab seperti kawan baik.

Berkat kesabaran hidup bersama, Wawa Cosmetics yang awalnya bermula dengan jualan Wawa Soft Lens kini sudah pun mempunyai pelbagai rangkaian kecantikan lain termasuk make up kit, lip matte, lip treatment, sunscreen, pemerah pipi, serum, EE cushion, eyeliner, eyebrow dan banyak lagi.

Baru-baru ini koleksi tudung keluaran Wawa Scarves juga mendapat sambutan hangat dan menjadi bualan ramai. Difahamkan dalam tempoh 24 jam sahaja, hampir 100 ribu helai Wawa Scarves sold out.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI