Efektif, mudah dan selamat! Itu antara pengalaman menyenangkan yang dialami pengguna selepas menjalani sesi rawatan kulit di klinik perubatan estetik, Clique Clinic. Mengetengahkan alternatif rawatan serba canggih tanpa suntikan, teknologi dunia estetik terbaharu ini diakui semakin menjadi pilihan wanita yang sentiasa ingin tampil cantik dan awet muda.
Dalam misi menawarkan servis rawatan wajah yang selamat dan berkesan, Clique Clinic pada 29 November lalu menjalin kolaborasi bersama Majalah Nona menerusi penganjuran Majlis #SilentBeauty Cantik Tanpa Suntikan.
Seramai 20 tetamu sofistikated terdiri daripada golongan VIP, korporat, usahawan dan selebriti hadir merasai sendiri keberkesanan revolusi kecantikan terkini berkenaan.
Antara tetamu yang hadir ialah YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din, YM Tengku Datin Sri Zawyah, Datin Paduka Reena Zach, Nadia Annuar dan Sarah Lian.
Ads
Antara tetamu VIP yang hadir majlis Nona X Clique ClinicHead of Business (Women), Kiffy Razak bersama YM Che Puan Temenggong PerlisPengarah Clique Clinic, Josh Chua
Pada majlis itu, para tetamu diberi penerangan lanjut daripada Pengarah Clique Clinic iaitu Josh Chua, Pengarah Perubatan Clique Clinic, Dr Lim Ting Song dan Dr Ong Kuok Tjun.
Salah satu kaedah rawatan yang diperkenalkan adalah penggunaan teknologi EMFace yang dibawa khas oleh BTL Aesthetics yang menggabungkan kebaikan radiofrekuensi dan tenaga HIFES bertujuan untuk merangsang kolagen serta elastin. Pancaran HIFES menghasilkan getaran untuk menegangkan semula otot wajah sekaligus menghilangkan kedutan serta menjadikan kulit wajah makin tegang dan anjal!
Kiffy Razak selaku Head of Business (Women) mewakili Majalah Nona turut berkongsi pengalaman dan testimoni selepas mencuba rawatan berkenaan.
Ads
Sesi penerangan dari Pengarah Perubatan Clique Clinic, Dr Lim Ting Song dan Dr Ong Kuok Tjun.Sesi penerangan pihak Clique ClinicTestimoni daripada Kiffy Razak
“Pada awalnya saya langsung tak sedar sebarang perubahan selepas melakukan rawatan EMFace. Sehinggalah bila rakan-rakan sekerja menegur serta memuji kondisi kulit saya sekarang. Nampak halus dan tegang, khasnya di bahagian smile lines. Memang menakjubkan, tak perlu cucuk-cucuk lagi!” Kiffy Razak
Menjaga kecantikan menjadi sebahagian tugas selebriti di depan kamera. Perkongsian rakan EMFace iaitu Sarah Lian dan Nadia Annuar meningkatkan lagi kepercayaan para tetamu yang majoritinya pencinta kecantikan.
Ads
Feedback dari Sarah LianTetamu VIP, Datuk Paduka Zack Aziry & Datin Paduka Reena Zach
Selepas beberapa kali mencuba rawatan ini, mereka tambah yakin menjaga kecantikan kerana ia mencipta kesan kemudaan yang sangat semula jadi.
Acara minum petang eksklusif anjuran Clique Clinic tersebut turut mengungkap dua cawangan milik mereka iaitu di Petaling Jaya dan KL Eco City.
Nampaknya, beberapa selebriti tanahair kini sedang menghitung hari melahirkan zuriat masing-masing. Antara selebriti yang kini sedang menunggu saat kelahiran termasuklah Datin Elvina Mohamad.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, isteri kepada Datuk Haniff Borhan ini berkongsi beberapa foto “maternity shoot” dirinya dan suami tersayang. Elvina kini sedang sarat hamil anak kedua dan usia kandungannya kini mencecah usia 36 minggu.
Meskipun sedang sarat hamil, seri ibu hamil ini jelas terserlah melalui beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya. Rasa teruja untuk menatap wajah cahaya mata keduanya menjadi caption untuk hantaran berkenaan di mana Elvina melahirkan rasa tidak sabar menatap wajah anak keduanya itu.
Elvina, 28, mengumumkan berita gembira tersebut menerusi perkongsian dalam Instagram ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki mereka, Karl Mateen.
Terdahulu sekitar 2021, pelakon itu pernah meluahkan rasa bimbang untuk hamil pada waktu pandemik memandangkan virus Covid-19 ketika itu sangat meruncing sehingga melibatkan banyak kes kematian wanita mengandung.
Tahun lalu, Elvina reda apabila hasrat untuk menimang anak kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.
Untuk rekod, Elvina mendirikan rumah tangga bersama Haniff pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen berusia empat tahun.
Semoga dipermudahkan proses kelahiran dan mendapat zuriat yang sihat dan sempurna!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fasa tumbesaran daripada alam bayi ke alam dewasa banyak mempengaruhi tekstur dan rona hitam putih ke atas kanvas kulit. Masihkah anda ingat wajah yang rata dan licin sebelum mencapai akil baligh, kemudiannya ditimpa masalah berminyak dan berjerawat? Cuba perhatikan rutin corak pemakanan harian, amalan detoks barangkali berhasil untuk mengeluarkan sisa toksin yang terkumpul.
Kebanyakan makanan di sekeliling kita telah dicemari dengan toksik. Bahan-bahan tercemar ini mudah larut dalam darah dan seterusnya diangkut ke seluruh tubuh. Apa kata jika sesekali lakukan detoks untuk ‘mencuci’ sistem penghadaman dengan cara yang sihat? Selepas melakukan ‘cucian’ perut ini, anda dapat merasa perbezaan ketara pada kulit, ia lebih segar dan bercahaya dari dalam.
DETOKS HUJUNG MINGGU
Makan banyak buah-buahan segar sewaktu bersarapan. Pilihlah yang berwarna cerah seperti kiwi, anggur, mangga, betik, pic, beri, strawberi, pir dan epal.
Jamah segenggam kekacang sebagai snek sarapan bersama teh hijau, teh herba atau air suam.
Sediakan semangkuk salad istimewa untuk makan tengah hari dengan campuran bunga kubis, tomato, timun, brokoli, lada hijau, hirisan lobak, avokado, sedikit rempah dan bawang. Tambah perisa dengan minyak zaitun secukupnya, hirisan herba, bawang putih, jus lemon dan cuka.
Waktu snek diisi dengan kuaci, gajus dan biji labu atau pek kecil yogurt tulen sambil menghirup teh hijau atau teh herba.
Buat stim kukus sayur-sayuran segar dan berwarna cerah seperti brokoli, bunga kubis, labu air dan kubis merah dengan herba untuk makan malam.
DETOKS HARIAN
Minum banyak air mineral atau bertapis sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tambahkan sedikit perisa dengan memerah jus limau nipis atau rendaman hirisan lemon untuk kelainan.
Tukar amalan meminum kopi dengan teh hijau. Ia kaya dengan antioksidan dan boleh ‘mencuci’ usus.
Jus buah-buahan pekat dan segar seperti jus lobak, epal, tembikai, betik dan sebagainya sangat digalakkan tetapi jauhi gula dan ais.
Jauhi minuman beralkohol dan berkarbonat kerana ia tinggi acetaldehyde, yang menyebabkan kulit cepat tua dan tinggi kalori. Minuman keras lain seperti wiski, vodka dan gin pula boleh meninggikan kadar insulin.
Banyakkan makanan berunsur buah-buahan, sayuran hijau, berfiber dan cecair untuk memudahkan proses penyahtoksikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam-macam cara nak abadikan kenangan manis hari perkahwinan, tapi gaya pengantin ini memang lain dari yang lain!
Memilih tarikh keramat 31 Ogos 2017 sebagai hari persandingan, pasangan Syahrul Hisham Abdul Azim dan Nurul Asyikim Zakaria ini tampil unik dengan mengenakan baju pengantin bermotifkan Jalur Gemilang.
Asyikim memilih persalinan kurung ini yang dipadankan dengan tudung berwarna putih dan mahkota untuk upacara resepsi mereka yang bertemakan Merdeka Wedding.
Dalam majlis yang diadakan di Kampung Lembah Pasir Puteh, Kelantan itu, gaya sporting pasangan merpati dua sejoli ini benar-benar mengundang perhatian ramai.
“Kami sengaja pilih tema merdeka sebab cintakan negara ini. Jadi secara tak langsung dapat seru semua orang supaya lebih cintakan makna merdeka dengan cara masing-masing. Selain itu, ia juga menjadi satu sejarah manis untuk kami kerana bersanding pada 31 Ogos 2017,” ujar mereka.
Perkenalan bermula sewaktu Syarul dan Asyikim sama-sama bekerja dalam bidang pengiklanan. Asyikim atau Ekim kini merupakan seorang model Muslimah dan hos Akak Travel.
Kata Ekim lagi, baju yang dipakainya adalah rekaan Mimi Tailor. Selain pasangan pengantin, kelihatan para pengapit juga turut menyerlah dengan selempang Jalur Gemilang.
Jom tengok aksi mereka bersanding semalam, unik habis! Norzalina Mohd Alias
Kredit Foto: Sweet Pictures
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...