Tak Payah Susah-susah Nak Rambut Cantik Pakai Limau Nipis Jer

Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C. Minyak yang terhasil daripada kulit limau nipis ini berfungsi sebagai agen yang terbaik untuk perawatan rambut. Boleh mula rawatan rambut dengan menggunakan air perahan limau nipis secara teratur. Sapu ke seluruh rambut dan kulit kepala dan biarkan. Lebih efektif jika dilakukan sebelum tidur dan dibiarkan sehingga keesokan harinya. Bangun tidur bilas dengan air sehingga bersih. Antara kebaikannya adalah;

Melebatkan rambut

Peredaran masa kini membuat manusia hidup sentiasa mengejar masa dan sering dihimpit dengan tekanan. Ditambah pula dengan pencemaran alam sekitar banyak mempengaruhi pertumbuhan rambut baharu sehingga menjadi punca rambut gugur dan lebih parah apabila menjadi botak. Walaupun berhijab tetapi masalah rambut yang semakin tipis boleh mengganggu emosi diri. Khasiat limau nipis boleh membantu masalah rambut gugur dan berupaya melebatkan semula rambut. Perahan limau nipis yang disapu ke atas kulit kepala berfungsi untuk menyuburkan kulit kepala dan tidak mengganggu tumbuhnya rambut yang baharu. Jika kerap menyapu perahan air limau ini, kesan perubahan lebih ketara. Namun, jika mempunyai masalah rambut menipis sehingga menyebabkan botak, lebih baik berjumpa dengan mereka yang pakar dengan masalah rambut. Selepas itu, baharu boleh sapu produk penumbuhan rambut baharu yang terbaik. Jika mahu mendapat kesan yang drastik boleh melakukan rawatan pemindahan rambut.

Menghilang kelemumur

Masalah kelemumur adalah suatu yang biasa buat semua wanita termasuk wanita berhijab. Jika rambut dibiarkan berhari-hari tidak bersyampu, kelemumur mudah menempek di atas kulit kepala. Sebenarnya kelemumur adalah tompok putih berada atas kulit kepala yang dihasilkan daripada pengelupasan kulit mati secara berlebihan. Sel kulit mati ini tidak stabil dan menjadi warna putih dalam jumlah yang banyak. Rasa gatal pada kulit kepala sangat mengganggu kerana asyik menggaru. Rasa tidak puas hati timbul apabila sukar menggaru di atas hijab. Menyapu perahan limau nipis di atas kulit kepala dan rambut merupakan alternatif untuk menyingkirkan kelemumur. Ini kerana kandungan vitamin C dan B5 mampu mengurangkan minyak yang berlebihan serta kotoran yang hinggap di atas kulit kepala. Kadang-kadang sejurus selepas meletakkan perahan limau nipis ini kadang-kadang menimbulkan rasa pedih di atas kepala. Rasa pedih ini timbul mungkin kerana terdapat luka-luka kecil di atas kulit kepala akibat menggaru terlalu kasar.

Merangsang pertumbuhan rambut

Masalah rambut biasanya terjadi apabila kulit kepala mengalami iritasi dan berminyak. Masalah semakin bertambah apabila anda tidak rajin untuk membersihkan rambut dan kulit kepala. Apabila minyak dan sel-sel kulit mati bertompok di atas kulit kepala akan mengganggu pertumbuhan rambut yang baru. Pertumbuhan rambut baharu ini juga terbantut apabila anda kulit kepala sensitif terhadap produk yang digunakan. Sekali lagi vitamin C yang terkandung dalam limau nipis sangat bermanfaat untuk menyingkirkan lebihan minyak dan kelemumur di atas kulit kepala demi membenarkan pertumbuhan rambut yang baharu.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan