Berat hati seorang ibu untuk menerima kenyataan saat mengetahui anak tercinta akan membesar tidak sama seperti kanak-kanak yang lain. Saat anak disahkan mengalami masalah autisme, Nadeera Ismail reda dengan ketentuan Ilahi. Ketika umur mencecah dua tahun, anak lelaki kepada jurusolek selebriti terkenal ini, Noah Idris Ishmael disahkan autisme oleh pakar perubatan.

IKLAN

“Sejujurnya perasaan saya ketika pertama kali mengetahui mengenai Noah, saya amat sedih dan hiba. Perkara ini amat mengejutkan saya. Kehidupan saya ketika itu bertukar dalam sekelip mata. Namun saya menganggap ia sebagai pengalaman terbaik dalam hidup saya yang pernah saya lalui. Saya menganggap ia sebagai dugaan dari Allah dan saya percaya dugaan yang diberikan olehNya mengajar dan menyedarkan kita dari kekhilafan, “ ujar Nad penuh tenang.

“Sebagai langkah awal, saya ada membawa anak saya berjumpa dengan pakar. Selain itu, saya juga mencuba cara Islamik dan saya cuba untuk memberi keseimbangan buat kedua-dua jenis rawatan ini. Apa yang pasti, saya tidak mahu menunggu sehingga anak saya besar untuk diberikan rawatan kerana apa yang saya perasan, kanak-kanak autistik ini lebih jelas kelihatan apabila mereka meningkat dewasa.

Malah saya rasa ia bukanlah satu kerugian jika mengambil langkah awal untuk memberikan rawatan buat anak saya. Mungkin rawatan awal yang saya berikan ini sedikit sebanyak membantu Noah untuk memiliki masa depan yang lebih cerah.”

Tak Peduli Tanggapan Masyarakat Terhadap Anaknya, NADEERA ISMAIL Dedah Cabaran Besarkan Anak Autisme!

IKLAN

Dalam mendidik anak yang mengalami masalah autisme ini, tentunya pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Berbeza dengan ibu bapa yang mempunyai anak autisme, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Bagi Nad, kesabaran adalah kata kunci buat semua masalah. Setiap ibu bapa yang mempunyai anak autistik ini perlu mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi.

“Sejujurnya sikap sabar yang tinggi perlu ada dalam diri. Saya perlu korbankan banyak perkara namun ia bukanlah alasan untuk saya dan Noah untuk tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti keluarga normal yang lain. Saya juga tidak pernah menghalang Noah daripada bercampur dengan dunia luar dan saya perlu terima pandangan masyarakat sama ada negatif atau pun positif. Walaupun ada segelintir masyarakat yang kurang faham dengan keadan Noah, saya tidak peduli dan “I cant put any autistic sign” pada dahi Noah. Walaupun begitu, kadangkala saya menerangkan keadaan Noah kepada mereka, “ jelas Nad.

IKLAN

Tambahnya lagi, “Saya menghantar Noah di salah sebuah hospital yang terletak di Bangsar untuk rawatan terapi pertuturan (speech theraphy) seminggu sekali. Saya juga membawa Noah berjumpa pakar autistik tiga bulan sekali. Selain itu Noah juga menjalani rawatan terapi gerak kerja (occupational therapy). Rawatan ini juga boleh didapati di sekolah Noah. Jumlah keseluruhan rawatan untuk Noah lebih kurang RM5,000.

Bercakap tentang persatuan autistik, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh persatuan ini diadakan pada hari minggu. Kerjaya saya sebagai jurusolek membataskan saya untuk menyertai aktiviti yang diadakan kerana masa saya cukup terhad pada hujung minggu. Namun saya cuba kurangkan tempahan mekap hujung minggu. Dengan cara itu, saya boleh luangkan masa bersama Noah dan melakukan aktiviti bersama,” akhirinya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI