Kagum sangat dengan usahawan ni. Walau anak dah ramai tapi tetap rajin menjaga penampilan diri. Gaya yang sesuai dengan statusnya sebagai seorang ibu tetapi pada masa yang sama mengikut trend fesyen terkini.
Mungkin salah satu faktornya sebab dia seorang usahawan turban yang memerlukannya untuk menjadi ‘model’ untuk produknya sendiri maka secara tak langsung ia menjadi sebahagian dari lifestyle.
Usahawan berusia 37 tahun yang mesra disapa sebagai Echenta ini merupakan pengasas Echenta Cosmetics, dan instant turban yang menggunakan namanya sendiri iaitu Ilham Echenta. Selain itu, Echenta dan suami juga pemilik kepada premis Tealive di Ayer 8 Putrajaya.
Sesibuk manapun urusannya sebagai isteri dan ibu, namun Echenta membuktikan dia mampu berjaya dalam bisnes yang diusahakan sejak tahun 2011. Apatah lagi, sentiasa mendapat sokongan suami saat jatuh bangunnya dalam bisnes.
“Seriously E tak pernah terfikir akan ada anak seramai 5 orang ni. Sebelum jumpa suami, E pernah terfikir nak kahwin umur 30 ke atas. Konon nak berkerjaya dulu, cari duit masa muda. Bila dah cintan cintun sama encik suami kitorang pun kahwin umur 26 tahun sempoi je dia ajak kita kahwin “jom kita kahwin” macam gitulah tak ingatlah dialog asli. 9 bulan kahwin baru mengandung #ilhamrizky (2011)
Pastu berderet selang dua tahun keluar #tiaraaulia (2013) & #talianayla (2015) lepas Talia lahir memang @ilhamechenta tengah kemuncak gemilang (dapatlah hit our 1st million sale) pastu E stop mengandung sampailah tahun 2020, dapat lah seketui #izhanfahry & tahun 2021, dapatlah seketui #cintaeilia
Dua tahun PKP memang @ilhamechenta diduga pelbagai cabaran. Takpe lah kita tenang2 aja jalani ujian ini. Bahaya juga terlebih tenang, asyik ngandung aja. Yang penting masih ada rezeki anak-anak. Selagi mental Mama kuat, Mama akan bekerja keras untuk kalian.”
Echenta turut menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi dalam mendidik anak-anak.
“If u ask me, how i managed my life without a helper. Satu jer when you feel so blessed with your life no matter how hard it is. Trust me, everything will become easy. Tak kesah lah anak sorang ke, sepuloh orang kaa
E selalu jadikan mak E sebagai idola dalam mendidik anak-anaknya yang 9 orang. I’m sure masa kami semua kecik lagi pasti hidup mak jah kepenatan tapi mak jah tak pernah tinggikan suara. Itu part paling E tak boleh follow. E jauh terlalu garang & tegas dgn anak-anak tapi anak-anak macaem biasa tak makan saman pun dengan Mama diorang ni.
Mungkin sebab lepas kena marah E akan bergurau balik dan kadang kita turunkan ego sebagai ibu, minta maaf dan terangkan dengaan jujur kenapa kita marah sangat if anak-anak tak dengar cakap. Alhamdulillah, anak-anak E yang 3 orang atas tuh dah pandai tolong E jaga baby Izhan & baby Cinta especially bila dua baby ni serentak cry nak Mama”
Begitulah kisah ibu anak 5 ini yang gigih membesarkan anak-anak namun dalam masa yang sama perlu fokus kepada bisnes. Apa pun penampilan tetap kena jaga walau sesibuk mana pun. Semoga Echenta diberi kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang membesarkan anak-anak dengan sempurna.
Kredit: Instagram Echenta